Wednesday, May 20, 2015

DARI SEMENANJUNG KE TANAH KUNDASANG

Alhamdulillah

Buat kali kedua trip kami bersahabat buat lawatan sambil mengeratkan silaturrahim.. Tahun lepas kami bertiga ke Langkawi (Hanis, Shira dan FS). Tahun ni dengan pertambahan 2 ahli baru ( Wani dan Najua) memeriahkan trip ke Sabah kami berlima.



Perkenalan yang hanya bermula di media sosial dan kami masih tetap berhubung walaupun berjauhan namun tetap dekat dihati. Walau sibuk dengan urusan masing2, masih tetap menjaga ukhuwah yang terbina hadiah dari yang Maha Esa :)

Perjanjian termeterai untuk trip tahun ni. Sepatutnya kami ke Penang, namun apa kan daya hati lebih membuak2 untuk ke Sabah. 

Kami selamat sampai di Sabah pagi tadi jam 1035 dan meneruskan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Perjalanan selama 2 jam dengan cuaca yang dingin mendamaikan, sangat selesa di Kundasang ni. 

Kami menetap di J.Residence (lokasi agak cerun kebawah) selama 1 malam sebelum berpindah ke Kota Kinabalu besok :)

Suasana kat Kundasang sangat dingin sepanjang masa. Bilik tak ada aircond, udara dingin semulajadi sentiasa menyelubungi tanah Kundasang ni. Best gilerrrr. Air sejuk sejuk sejukkkkk

Trip besok kami nak melawat area Ranau, we shall see nanti apa yang best kat Ranau dengar kata ada jambatan gantung lagi best dari FRIM. Yeke?