Tuesday, April 28, 2015

Kerana wanita

28 Mac 2015

FS terlibat secara langsung untuk projek mega Rahsia Aura Perniagaan (special edition). Dengan izin Allah, FS berkenalan dengan ramai kawan baru dari online sehingga kami bertentang mata. Alhamdulillah

Di RAPSE, FS bersama sebilangan crew melayan permintaan peserta untuk didiagnos berkenaan #warnadiri #logdiri #kerjaya.

Sesi diagnos sangat memerlukan konsentrasi yang mantap dan tenaga yang cukup. FS secara peribadi masih lagi berasa sedih tak dapat tunaikan permintaan semua peserta #RapSeKL tempoh hari.

Beberapa hari kebelakangan ni, FS teringat akan seorang sahabat. Beliau merayu minta didiagnos namun terpaksa FS tolak rayuan beliau kerana energy agak merudum malam tu. Dari riak wajah beliau nampak aura kesedihan dan merajuk dengan kita. FS tidak kenal beliau secara dekat. Cuma sempat FS bertanya datang dari mana. Port Dickson katanya. Bertambah lah sedih dan bersalah...datang dari jauh, tak dapat diagnos :(

Puas mencari sahabat itu di fb, barangkali mungkin kami friend di fb. Kata hati yakin beliau friend dengan FS, FS pun pm beliau semalam. FS mencari untuk tunaikan hajat diagnos beliau. Entah mengapa asyik tercari-cari sahabat tu.

24 April 2015

Dalam perjalanan pulang ke rumah petang tadi, whatsapp berdering...

"Farah, ingat akak tak? Yang tak sempat masa aura million tu"

Hati terdetik siapa lah yang whatsapp ni. Jujur, FS tak kenal kerana gambar WA pun tak menunjukkan gambar beliau dan tak save contact num beliau.

"Macamana akak nak jumpa farah?"

"Akak dah jual bisnes akak tu"

Bertambah FS terkejut, apa kaitan FS dengan bisnes beliau. Cool...pasti ada cerita yang nak disampaikan.

"Akak kat NCI, baru lepas operation".

Tiba-tiba talian terputus...FS wondering beliau di wad mana. Tak tahu nama penuhnya. Serta-merta FS terus terbayang wajah sahabat yang dicari tu. Barangkali betul...

Malam, gagah kan diri ke NCI lepas maghrib. Hanya berbekalkan lokasi tempat tinggal beliau dan nombor telefon, FS minta bantuan kaunter pendaftaran.

Alhamdulillah, selepas 30minit mencari akhirnya berjaya jumpa wad beliau. Luluh hati...betul la wanita ini yang minta FS diagnos beliau sejurus habis event RAPSEKL tempoh hari. 

Air mata tiba-tiba berguguran jatuh...apa yang menggerakkan hati beliau untuk whatsapp FS? Kenapa dalam masa yang sama FS terus terbayang wajah beliau dan terasa nak mencari sangat-sangat.

Kisahnya, Allah yang aturkan untuk kami bertemu,. MasyaAllah. Terima kasih Allah...sekurang-kurangnya FS dapat gembirakan hati beliau untuk berjumpa dengan diri ini.

FS pun menceritakan pada beliau betapa bersungguh-sungguh FS mencari beliau di FB sebab nak tunaikan janji untuk diagnos beliau.

Rupanya, orang yang FS pm di FB tu bukan beliau...aduhai. rasa kelakar pun ada =)


Semoga kakak cepat sembuh ya. Nak jumpa lagi kan 

No comments: