Tuesday, March 31, 2015

Rahsia Aura Perniagaan (Special Edition)

Alhamdulillah

Sabtu (28.3.2015) telah berlangsung seminar Rahsia Aura Perniagaan (Special Edition) di Dewan Institute International Academy Islamic Study (IAIS) bersebelahan Mahsa Universiti.

Turut hadir seramai 250 peserta pada sesi pagi, dan kehadiran tetamu istimewa telah memeriahkan lagi seminar dan terapi RAP(SE) kali ini.

FS sebagai project manager RAP(SE) kalini rasa bangga dan terharu dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung membantu menguruskan seminar terakhir RAP(SE) ini.

Terima kasih...

FS minta maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang sesi seminar dan terapi dijalankan. Sesi diagnos untuk peserta RAP(SE) kali ini tidak dapat kami penuhi permintaan kalian kerana kekangan waktu.

Kita dating lain masa ya.

Sayang uols much more extra. muah


Coach Nooraizan Zie bersama para peserta RAP(SE)

Sebahagian bidadari yang membantu memastikan seminar dan terapi RAP(SE) berjalan lancar

Pada sesi malam, berlangsungnya Majlis Pelancaran Produk Stellar Aura menggabungkan pati gaharu dan pati bunga-bungaan khas untuk wanita dan pelajar. Harum semerbak memikat hati...mai secalit =)

Pelancaran Stellar Aura oleh Puan Nora Hj Osman, Puan Suri Daman, Heliza Helmi dan Coach Nooraizan Zie

Stellar Aura for women

The Bidadari memperagakan Stellar Aura for women dan Stellar Aura for students

Coach Nooraizan Zie bersama jemputan VVIP dan emcee, Sumaziana Ali

Awat comel sangat bidadari-bidadari ni

Bersama Jutawan Gaharu, Abang Ipin dan Kak Rosnah.

Phewit! Ikon Stellar Aura

Bersama Puan Nora Hj Osman, terima kasih atas sokongan dari team puan =)

The Bidadari

SMILE!!

Terima kasih atas sokongan anda semua memeriahkan program Seminar dan Terapi Rahsia Aura dan Perniagaan (Special Edition)

Jutawan Suri Rumah

Terpanggil untuk hadir ke Seminar Rempah Ratus Jutawan Suri Rumah 2015 oleh Puan Eida Hassan.

FS teringin nak jumpa Kak Eida, nak sembang dengan beliau jatuh bangun dalam bidang usahawan. Sangat memberi inspirasi. Tahniah kanda

Alhamdulillah, macam tak percaya bila dapat panggilan dari seseorang untuk hadir bersama beliau sebagai VIP. Ouch! Dapat duduk bahagian seat depan sekali beri perhatian 100% pada semua speaker jemputan. 

Terima kasih Allah peluang yang sangat best, berjumpa dan berkenalan dengan insan-insan hebat. 

Jadi jutawan itu bukan satu pilihan namun ianya satu kemestian dalam hidup. Jom jadi jutawan =)

Bersama Kak Eida Hassan

Bersama Wawa Idris (Professional Image Consultant)

Bersama Azura Abas (Founder Camelyya, Beauty Product)

Tahniah kanda, kejayaan anda inspirasi kami


The Therapist Club

Alhamdulillah, 

Kami diberi peluang untuk belajar sendiri dengan Prof Norhisyam Wahab di Fakulti CVT bersama 30 peserta lain.

Tak tergambar perasaan gembira dan teruja bila dapat belajar ilmu diagnosis dengan founder sendiri. Yang lebih menarik lagi bila prof sendiri luahkan perasaan gembira menerima kami sebagai pelajar beliau. Gema kuat katanya. MasyaAllah...terkesima. Terima kasih Allah atas rezeki ini.

FS dah boleh diagnos kalian, inshaAllah boleh bantu kalian yang ingin mengenal diri melalui rahsia warna diri dan metafizik. 

Ditauliahkan oleh Prof Norhisyam Wahab sendiri pengalaman yang indah dalam hidup. Rasa nak lompat =)

FS sendiri 80% dalam diri ialah warna hijau (Minda). Kene selalu jaga perut orang hijau ni. Tidak disangka, beberapa sahabat disekeliling FS juga ada warna luaran dan dalaman yang sama dengan FS. Menarik!