Sahabat syurga, Sahabat wangi

Hari kedua di tahun baru FS luangkan masa bersama bestie. Dari zaman sekolah menengah hingga sekarang dan alhamdulillah inilah antara sahabat syurga FS yang masih berhubung hingga kini.

Kami ke IOI City Mall, Putrajaya...kebetulan FS nak cari pokok bunga ros di Tesco sana. Ini kali ke-3 FS ke sana dengan tujuan yang sama.

Bunga ros yang dijual sangat cantik dan menepati citarasa FS. Comel sangat...bunga pun original bentuk bunga ros.


Comel betul?

Terima kasih Allah beri rezeki untuk kami berjumpa. Agak menduga kami bila berjauhan...tambahan pula dia dah berkeluarga, masa untuk kami berjumpa pun agak terhad.

Peluang yang sangat berharga dan indah. Terima kasih sayang, sudi lepak dan gosip bersama. Banyak juga yang kami kongsi cerita

 

The Queen and her princess :)

I miss her
I love her
Sahabat syurga FS
Sahabat wangi FS

Transfer energy yang positif dan bagi tips untuk bersihkan aura yang negatif. InshaAllah...muah :)