Friday, January 2, 2015

Meriahnya Tahun Baru

Salam buat kekasih syurga FS

#NewYear 2015, pembukaan yang sangat hebat. Diberi peluang untuk berkumpul dengan family MACT.

Plan asal melawat Amal, anakanda kepada sahabat tersayang FS, Farah Hanan...kami gelar sebagai FH.

Amal terkena jangkitan RotaVirus menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan hilang selera makan. Sayu hati kami melihatkan keadaan Amal yang 4 hari tak makan.

Coach kami merancang sesuatu yang surprise buat family Amal...alhamdulillah, rancangan berjaya. Kami berkunjung ke rumah Amal di Bukit Indah, Ampang. MasyaAllah...keluarga yang bahagia, InshaAllah.



FS dan FH dipertemukan oleh Allah dalam satu program hebat bersama insan2 luar biasa hebat di Million Aura Consulting & Training (MACT).

Program RAHSIA AURA PERNIAGAAN (RAP) dan TRAIN THE TRAINER: Membongkar Kelemahan Diri, Membina Kelebihan Diri (TTT MKD)

Coach Nooraizan Zie, coach kami yang sudah kami anggap sebagai kakak...sentiasa mengejutkan minda separa sedar (MSS) kami dengan surprise yang luar biasa.

Alhamdulillah...di MACT kami bertemu dan berjodoh dengan insan yang positif. Insan terpilih yang disatukan oleh Allah dengan hati suci.

Betul, saya menambah kenalan dan family baru melalui MACT. Moga Allah sentiasa redhai ikatan persahabatan dan kasih sayang kami. Aamiin.

Dan,

Harini di tahun baru, hari baru, FS yang baru...bersama team MACT bershopping di NSK, Selayang mencari barang sumbangan untuk diberikan kepada mangsa banjir di pantai timur.



Turut hadir KakQin (FS panggil teacher) dan pengasas susu kambing NGM8, Ershadiah (FS panggil Sha). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...dan kebetulan kami di sana, Allah gerakkan hati kami dan beberapa orang sahabat syurga yang baru dengan matlamat yang sama berjumpa di tempat yang sama. Allah...hebatnya.

Salah seorang ialah peguam bersama beberapa rakan yang lain, dengan tujuan yang sama untuk mencari barang keperluan...kami berkenalan dan bertukar contact no. serta info berkenaan agihan barangan sumbangan.



MasyaAllah...dipertemukan dengan insan2 hebat. Mudah2an allah redhai persahabatan yang baru terjalin.

"Tidak bergerak sesuatu zarah tanpa izin-Nya"

Betul?



Allah yang gerakkan hati kami untuk BERjumpa di satu kaunter yang sama.

Alhamdulillah...segala urusan harini berjalan lancar. Walaupun FS perlu mengharungi KL tanpa kaca mata (patah terpijak kaki sendiri). Namun Allah selamatkan perjalanan pergi dan pulang kami adik-beradik.

Allahuakbar. Terima kasih Allah

No comments: