Hidroterapi Ais (Million Aura)

Alhamdulillah,

FS ke MACT semalam untuk meeting program Rahsia Aura Perniagaan (RAP) bersama wanita-wanita hebat. MasyaAllah

InshaAllah pada tarikh 24 Januari 2015 kami akan adakan program RAP di Kuala Lumpur. Ada yang akan turut serta?

FS akan update info terbaru berkenaan kelas RAP di entry akan datang. Team FS dibawah naungan Puah Rabiah (Bie) ketua projek dan Puan Farah Tajuddin (FT) akan bertugas bersama FS sebagai crew dibelakang tabir sepanjang program dijalankan. InshaAllah...

Jumpa di sana nanti ok.

FS tak mahu celoteh panjang berkenaan RAP sebab akan ada entry khas untuk RAP ya. Tunggu :)

FS ke MACT berjumpa dengan Bie, Nad, FF, Azilah, dan peserta-peserta preview RAP. Alhamdulillah...dapat rezeki mandi ais di sana.

Dah pernah mandi ais?

Jika sudah...bagus. Pasti anda sudah rasakan kesegaran dan ketenangan yang luar biasa. Betul?

Jika belum. Anda patut cuba...di Million Aura hanya berharga RM 160 (dewasa) dan sedang promosi sehingga akhir Januari 2015  (RM 139)


Berseri wajah-wajah sahabat syurga FS ni. Kami bergambar bersama therapyst Million Aura...aura kuat akan melekat bila selalu bersama insan-insan hebat. InshaAllah...



Best kan?
Jom ke Million Aura untuk sesi mandi ais dan seminar yang memikat Minda Separa Sedar :)

Labels: , ,