Wednesday, January 14, 2015

In the making of Duniaku Malaysiaku versi Lia Muhammad

Alhamdulillah

Rasa bersyukur team kami dari Minds Magnet Consultancy (MMC) dijemput untuk ke TV Alhijrah pada hari jumaat lalu.

Rakaman slot Duniaku Malaysiaku versi sahabat hebat kami Lia Muhammad. Nantikan segmen khas versi team MMC di kaca tv anda akhir januari atau awal februari bakal disiarkan. InshaAllah



FS sangat kagum dengan mereka. Siapakah?
Mereka yang FS maksudkan ialah Coach Hairul, Coach Emy, Mariani dan Lia.

MasyaAllah

Bukan calang-calang orang yang FS berdamping. Coach Hairul dan Coach Emy ialah guru yang bertanggungjawab memastikan FS berjaya dalam dunia percakapan. Alhamdulillah...terima kasih coach sudi beri tunjuk ajar dan ilmu pada FS.



Kami sama-sama bertaruh masa depan sebagai motivator dan alhamdulillah telah membuahkan hasil yang sungguh luar biasa.

Hadiah dari Allah dipertemukan dengan motivator hebat genY. Alhamdulillah

Monday, January 5, 2015

Hidroterapi Ais (Million Aura)

Alhamdulillah,

FS ke MACT semalam untuk meeting program Rahsia Aura Perniagaan (RAP) bersama wanita-wanita hebat. MasyaAllah

InshaAllah pada tarikh 24 Januari 2015 kami akan adakan program RAP di Kuala Lumpur. Ada yang akan turut serta?

FS akan update info terbaru berkenaan kelas RAP di entry akan datang. Team FS dibawah naungan Puah Rabiah (Bie) ketua projek dan Puan Farah Tajuddin (FT) akan bertugas bersama FS sebagai crew dibelakang tabir sepanjang program dijalankan. InshaAllah...

Jumpa di sana nanti ok.

FS tak mahu celoteh panjang berkenaan RAP sebab akan ada entry khas untuk RAP ya. Tunggu :)

FS ke MACT berjumpa dengan Bie, Nad, FF, Azilah, dan peserta-peserta preview RAP. Alhamdulillah...dapat rezeki mandi ais di sana.

Dah pernah mandi ais?

Jika sudah...bagus. Pasti anda sudah rasakan kesegaran dan ketenangan yang luar biasa. Betul?

Jika belum. Anda patut cuba...di Million Aura hanya berharga RM 160 (dewasa) dan sedang promosi sehingga akhir Januari 2015  (RM 139)


Berseri wajah-wajah sahabat syurga FS ni. Kami bergambar bersama therapyst Million Aura...aura kuat akan melekat bila selalu bersama insan-insan hebat. InshaAllah...



Best kan?
Jom ke Million Aura untuk sesi mandi ais dan seminar yang memikat Minda Separa Sedar :)

Saturday, January 3, 2015

Managing Business Accordingly (MBA)

Sehingga hari ini, kita dapat lihat ramai usahawan mengambil tempat di pentas perniagaan dan ramai yang ingin menceburkan diri dengan produk berasaskan kesihatan, perkhidmatan, makanan, pakaian, aksesori wanita, gadjet dan banyak lagi.

Idea yang luar biasa hebat apabila berani membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Namun, kebanyakan dari kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu bisnes dan saya pasti ramai juga yang ingin tahu apakah strategi yang digunakan oleh ahli perniagaan sehingga mereka berjaya melepasi fasa kritikal di alam perniagaan.



Bagaimana sekiranya ada yang ingin membantu anda dengan berkongsi rahsia dan strategi hebat walaupun berlainan latar belakang bisnes?

Antara kelas bisnes yang sangat digalakkan untuk hadir iaitu Managing Business Accordingly (MBA) dengan izin Allah telah membantu ramai usahawan dan bakal usahawan serta ahli perniagaan keluar dari kemelut permasalahan dalam bisnes mereka.




Saya yakin dan percaya, dengan peluang yang ada ini boleh membantu anda mengatasi segala masalah dalam perniagaan, anda dapat rasa keterujaan yang luar biasa apabila bisnes berjalan lancar, anda juga dapat lihat perkembangan bisnes ke peringkat yang lebih maju dan anda dapat dengar sendiri pengalaman menguruskan sales syarikat sehinggakan tidak menang tangan menguruskan permintaan yang terlalu tinggi.





Bersama Tuan Wan Nong Muzafar merupakan pakar strategi pemasaran Kumpulan Karangkraf pada 25 Januari 2015 di MPWS Bangi dalam sesi Managing Business Accordingly (MBA) in 1-day untuk membantu anda meleraikan segala permasalahan berkaitan perniagaan anda.



Terhad hanya kepada 15 orang sahaja.

Early bird promo RM 250 (Sehingga 11 Januari 2015)

**HARGA ASAL RM 300

Untuk pendaftaran, hubungi FS di
# 019-6416239 (FARAH)
# farah.ique23@gmail.com


Sahabat syurga, Sahabat wangi

Hari kedua di tahun baru FS luangkan masa bersama bestie. Dari zaman sekolah menengah hingga sekarang dan alhamdulillah inilah antara sahabat syurga FS yang masih berhubung hingga kini.

Kami ke IOI City Mall, Putrajaya...kebetulan FS nak cari pokok bunga ros di Tesco sana. Ini kali ke-3 FS ke sana dengan tujuan yang sama.

Bunga ros yang dijual sangat cantik dan menepati citarasa FS. Comel sangat...bunga pun original bentuk bunga ros.


Comel betul?

Terima kasih Allah beri rezeki untuk kami berjumpa. Agak menduga kami bila berjauhan...tambahan pula dia dah berkeluarga, masa untuk kami berjumpa pun agak terhad.

Peluang yang sangat berharga dan indah. Terima kasih sayang, sudi lepak dan gosip bersama. Banyak juga yang kami kongsi cerita

 

The Queen and her princess :)

I miss her
I love her
Sahabat syurga FS
Sahabat wangi FS

Transfer energy yang positif dan bagi tips untuk bersihkan aura yang negatif. InshaAllah...muah :)

Friday, January 2, 2015

Meriahnya Tahun Baru

Salam buat kekasih syurga FS

#NewYear 2015, pembukaan yang sangat hebat. Diberi peluang untuk berkumpul dengan family MACT.

Plan asal melawat Amal, anakanda kepada sahabat tersayang FS, Farah Hanan...kami gelar sebagai FH.

Amal terkena jangkitan RotaVirus menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan hilang selera makan. Sayu hati kami melihatkan keadaan Amal yang 4 hari tak makan.

Coach kami merancang sesuatu yang surprise buat family Amal...alhamdulillah, rancangan berjaya. Kami berkunjung ke rumah Amal di Bukit Indah, Ampang. MasyaAllah...keluarga yang bahagia, InshaAllah.



FS dan FH dipertemukan oleh Allah dalam satu program hebat bersama insan2 luar biasa hebat di Million Aura Consulting & Training (MACT).

Program RAHSIA AURA PERNIAGAAN (RAP) dan TRAIN THE TRAINER: Membongkar Kelemahan Diri, Membina Kelebihan Diri (TTT MKD)

Coach Nooraizan Zie, coach kami yang sudah kami anggap sebagai kakak...sentiasa mengejutkan minda separa sedar (MSS) kami dengan surprise yang luar biasa.

Alhamdulillah...di MACT kami bertemu dan berjodoh dengan insan yang positif. Insan terpilih yang disatukan oleh Allah dengan hati suci.

Betul, saya menambah kenalan dan family baru melalui MACT. Moga Allah sentiasa redhai ikatan persahabatan dan kasih sayang kami. Aamiin.

Dan,

Harini di tahun baru, hari baru, FS yang baru...bersama team MACT bershopping di NSK, Selayang mencari barang sumbangan untuk diberikan kepada mangsa banjir di pantai timur.



Turut hadir KakQin (FS panggil teacher) dan pengasas susu kambing NGM8, Ershadiah (FS panggil Sha). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...dan kebetulan kami di sana, Allah gerakkan hati kami dan beberapa orang sahabat syurga yang baru dengan matlamat yang sama berjumpa di tempat yang sama. Allah...hebatnya.

Salah seorang ialah peguam bersama beberapa rakan yang lain, dengan tujuan yang sama untuk mencari barang keperluan...kami berkenalan dan bertukar contact no. serta info berkenaan agihan barangan sumbangan.



MasyaAllah...dipertemukan dengan insan2 hebat. Mudah2an allah redhai persahabatan yang baru terjalin.

"Tidak bergerak sesuatu zarah tanpa izin-Nya"

Betul?



Allah yang gerakkan hati kami untuk BERjumpa di satu kaunter yang sama.

Alhamdulillah...segala urusan harini berjalan lancar. Walaupun FS perlu mengharungi KL tanpa kaca mata (patah terpijak kaki sendiri). Namun Allah selamatkan perjalanan pergi dan pulang kami adik-beradik.

Allahuakbar. Terima kasih Allah

New Year, New Me

Salam kekasih syurga 

Selamat Tahun Baru 2015.

Bagaimana dengan hari baru di tahun baru kalian? Prof alhamdulillah sangat luar biasa.

Macam bagus kan? :)

Dah lama tinggalkan dunia blog. Akhirnya tiba masa di tahun baru dapat ilham untuk comeback dengan prof yang baru.

Apa yang baru tu?

Begini. Dahulunya dikenali dengan gelaran PROF IQUE betul? Kini lebih mesra dengan gelaran FS (lebih simple dan mudah diingati).

Idea nama FS sebenarnya dari team bisnes kami. FS bermaksud FARAH SAMAD. Lebih simple berbanding nama penuh FS...terlalu unik hingga perlu disembunyikan sinar disebalik nama penuh FNAS. Biar dikenali dengan nama FS sahaja. InshaAllah...

Bila dah popular baru letupkan nama FNAS pula. Gittew. Macam bagus lagi. Emmm...teruskan berangan :)

FS nak sambung berangan jap kat atas katil sambil pintal2 rambut...boleh?

Selamat malam