Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan Mulia

Assalamualaikum, blogger dan pembaca setia

Macamna dengan Ramadhan tahun ni?

We all sambut ramadhan biasa2 saja...so far first plan nak berbuka dengan Hanis dan Jua terbatal dengan sendiri disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk berbuka puasa bersama.

Aktiviti harian prof berjalan seperti biasa...pagi di rumah, tengahari di luar mencari rezeki sampai nak dekat waktu berbuka.

Alhamdulillah..mudah2an Allah permudahkan rezeki kami sekeluarga. Tak banyak tapi cukup...Simply the best!

Nak dijadikan cerita...harini sepatutnya kelas habis kul 6 (student requested) tp terlajak ke 630...cepat2 berkejar balik rumah nak siapkan juadah tuk adik2. Abang da text awal2 tanya balik kul berapa...

Abang: Kak balik kul berapa?

Prof: Nak balik dah jap lagi ni...nape abang?

Abang: Xde pe...lauk xmasak lagi. Tatau nak masak ape

Prof: Rendam bihun la...kita buat bihun singapore harini. Siapkan carrot ngan bawang

Abang: OK

Hahahaha...awal2 lagi sebenarnya prof da plan nak buat cocktail. Tapi barang2 xcari lagi...lepas balik tuisyen td terus pecut g cari buah ngan susu. Konon nya nak buat fresh fruit...tp da mengejar masa, beli buah2an tin jela.

Sampai rumah...

Masing2 lepak depan tv...assignment suh siapkan bawang ngan carrot hampeh! Kuasa petir boboboi pun terkeluar la...

Prof memang membebel macam petir. Eeee...

Cepat2 masak bihun...masing2 buat kerja. Firaz settle kan pinggan dalam sinki (kononnya), Faiq susun pinggan dari sinki ke rak (berjaya), Biha siapkan bahan (berjaya), Faizal basuh pinggan dan kacau bihun sebab die GEMOK =p

Hahaha...xde kaitan, cuma prof suke ejek diorg tu gemok dengan Biha pun prof ejek gemok. eee....si kerepeng tu (GERAM!!)

Kelam kabut la menyiapkan juadah untuk last ten minutes td...

Alhamdulillah...sempat. syukur alhamdulillah!!

Bihun siap...but not the cocktail. Maybe tomorrow...inshaallah!

Seronok bila bekerjasama menyiapkan sesuatu benda...ouhhh, I love them. they're cute. 

Till then, salam ramadhan dari prof dan adik2...


With Love, xoxo

1 comment:

arieftarmizi said...

cocktail...hmm...susu and ice cream soda is a must....:P