Salam Aidiladha

Assalamualaikum, 

Raya haji (Jumaat) yang lepas prof dan adik2 beraya ala kadar je. Xde masak rendang ape2 pun…rebus nasi impit segera, without lauk.ahahaha

Nak buat kari ikan sebenarnye…tiba2, gas habis! Ya Allah serabut giler. Dalam rancangan nak ke Pasir Gudang, Johor ngan Airin untuk majlis pertunangan Nad Razak (Sabtu). Waktu berlepas jam 2ptg kat Terminal 1, Seremban. 

Mula2 xperasan pun gas tu dah nak habis…prof pun siap2 la kemas barang nak ke Johor sambil tu rebus nasi impit. Bile dah siap kemas barang…jenguk la sikit kat nasi impit tu. Hamper nak jadi dah. Hoyehhh!

But then, tibe2 plak api dapur gas tu mati…huaaaa, kenape ni? Kenape? Need help! Someone!!!!

Puas la tonggeng2 gas tu bg api hidup tp xmau jugak =(

Lauk xmasak lagi…macamne ni? Xkan nak tinggalkan adik2 duduk rumah tanpa makanan. At least, ade gas Firaz boleh masak something even lauk simple pun. Asal kan dapat makan.

Tapi dalam kes macamtu…nak buat macamne? Kredit memang negative, siap hutang SOS maxis lagi. Aduihh…nak kejar bas lagi, nak tunggu KTM ke Seremban. Ya Allah!

OK! Sabar…selawat banyak2, minta Allah permudahkan segalanya. 

Adlin!

Die pernah offer prof untuk hantar makanan bile perlu. Yes dear! This is the right time. Really need your help Adlin!!!!!

Amik phone, text her immediately.

Prof: Wey.ko ade masak ape harini

Adlin: Rendang daging.nk dtg????????

Prof: Aku nak g johor da..nk bwk adik2 aku nek moto ramai. Tiba2 gas umah habis

Adlin: Nk g joho naik moto?!

Prof: x naik bas..ko de masak lebih ke?

Adlin: Bkn masak lbh.mmg masak utk tetamu.kol bpe g joho? Sape lg g joho?

Prof: Aku sorang..wey, boleh ke nak mntk sikit rending?

Adlin: Ala..dtg la raye.bwk adik2..jap aku kat bangi.otw balik umh

Prof: Ko kat luar? Ish takkan nak datang hantar sorang2.ko ni

Adlin: Aku la amek, makcik!tunggu jap..blm smpai umh

Prof: Ok2..

Ok la…dah setup planning baek dengan Adlin. Tiba2 plak, Abang Najib (anak MakLong no.4) kol…Mak Long ajak raya kat kampong. Tapi sebabkan plan last minit, prof xdapat singgah. Jam menunjukkan kul 1130pg.

Sambil tunggu Adlin datang, kemas2 rumah sebelum gerak keluar…tiba2, dapat kol dari Kak Nini (anak MakLong no.3) plak pujuk raya kat kampong. =(

Bukan tamau…tapi kejar masa nak g Seremban. Setelah berjaya dipujuk oleh Kak Nini, macamne pun kene g johor jugak sebab satu hantaran pihak Nad untuk lelaki ada pada prof…kalau xpergi, memang xpatut plak.

Fine! Sebabkan kene balik kampong, so Kak Nini usahakan jugak cari tiket ke Pasir Gudang haritu jugak…kesian Airin kene gerak sorang2.

Risaunyeeeee kalau xde tiket. Macamne nak hantar coklat Nad =(
Cepat2 whatsapp Airin, mintak tlg die tengokkan tiket last ke Pasir Gudang pukul berape. 5.30pm last! Kata Airin

Ok! 5.30ptg???? Sekarang pun xgerak balik kampong lagi. Sempat ke nak kejar mase?

Kesimpulannya, xlame lagi jumpe Adlin…then balik kampong…next heading to Pasir Gudang

Adlin pun sampai, dalam kul 12tgh…terus g umah die. Makan rending daging import dari Australia *kononnya!* haha…xkesah la, Australia ke New Zealand ke. Tapi kalau die pergi oversea xajak prof. Nahas die! sedut lemak2 die kang…ahahahah *bace part ni kuat2 ye kepada DIVA kepada 2 EVA tu*

So, secara xsengaja…dapat lah beraya bersama. Bak kata dia, kalau gas rumah xhabis memang xsampai la kat rumah die. Nampak gayanya, begitu lah kan?




Balik dari umah Adlin…terus tukar kereta, gerak balik kampong bawak barang2 nak g johor. Adik2 pun dah siap2 kemas baju nak tdo kampong. Diorg happy sangat dapat balik kampong sebab ramai sedare mare sebaya diorg kat kampong…Alhamdulillah! Xrisau dah la nak gerak jejauh. Adik2 kompem ade makanan…=)

Ohhh ye! Tau kenape beriya Kak Nini ajak balik kampong? Sebab die masak soto best!!!! Serious best! Nak kene minta die ajar la one day nnt. Ahaaa

Sampai je kat kampong, terus cari Kak Nini cakap pasal tiket bas last kul 530pm. Die kol husband die suruh carikan tiket ke Pasir Gudang hari ni jugak tapi yang paling last. Dapat kul 430pm.

Alhamdulillah!!!!!!! Syukur padamu Ya Allah

Rezeki Nad nak settlekan hantaran die…rezeki prof nak jadi one of special guest on her special big day. Insyaallah! =)

Beza perjalanan dengan Airin, 2jam…tapi waktu kami tibe beza 1jam. Tegar betul Airin tunggu prof kat terminal bas Pasir Gudang. Thank you Airin! Padahal prof yang suruh die tunggu…hahaha

The end! Next entry >> Nad Razak’s Engagement Ceremony

With Love, xoxo