Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum, 

Raya haji (Jumaat) yang lepas prof dan adik2 beraya ala kadar je. Xde masak rendang ape2 pun…rebus nasi impit segera, without lauk.ahahaha

Nak buat kari ikan sebenarnye…tiba2, gas habis! Ya Allah serabut giler. Dalam rancangan nak ke Pasir Gudang, Johor ngan Airin untuk majlis pertunangan Nad Razak (Sabtu). Waktu berlepas jam 2ptg kat Terminal 1, Seremban. 

Mula2 xperasan pun gas tu dah nak habis…prof pun siap2 la kemas barang nak ke Johor sambil tu rebus nasi impit. Bile dah siap kemas barang…jenguk la sikit kat nasi impit tu. Hamper nak jadi dah. Hoyehhh!

But then, tibe2 plak api dapur gas tu mati…huaaaa, kenape ni? Kenape? Need help! Someone!!!!

Puas la tonggeng2 gas tu bg api hidup tp xmau jugak =(

Lauk xmasak lagi…macamne ni? Xkan nak tinggalkan adik2 duduk rumah tanpa makanan. At least, ade gas Firaz boleh masak something even lauk simple pun. Asal kan dapat makan.

Tapi dalam kes macamtu…nak buat macamne? Kredit memang negative, siap hutang SOS maxis lagi. Aduihh…nak kejar bas lagi, nak tunggu KTM ke Seremban. Ya Allah!

OK! Sabar…selawat banyak2, minta Allah permudahkan segalanya. 

Adlin!

Die pernah offer prof untuk hantar makanan bile perlu. Yes dear! This is the right time. Really need your help Adlin!!!!!

Amik phone, text her immediately.

Prof: Wey.ko ade masak ape harini

Adlin: Rendang daging.nk dtg????????

Prof: Aku nak g johor da..nk bwk adik2 aku nek moto ramai. Tiba2 gas umah habis

Adlin: Nk g joho naik moto?!

Prof: x naik bas..ko de masak lebih ke?

Adlin: Bkn masak lbh.mmg masak utk tetamu.kol bpe g joho? Sape lg g joho?

Prof: Aku sorang..wey, boleh ke nak mntk sikit rending?

Adlin: Ala..dtg la raye.bwk adik2..jap aku kat bangi.otw balik umh

Prof: Ko kat luar? Ish takkan nak datang hantar sorang2.ko ni

Adlin: Aku la amek, makcik!tunggu jap..blm smpai umh

Prof: Ok2..

Ok la…dah setup planning baek dengan Adlin. Tiba2 plak, Abang Najib (anak MakLong no.4) kol…Mak Long ajak raya kat kampong. Tapi sebabkan plan last minit, prof xdapat singgah. Jam menunjukkan kul 1130pg.

Sambil tunggu Adlin datang, kemas2 rumah sebelum gerak keluar…tiba2, dapat kol dari Kak Nini (anak MakLong no.3) plak pujuk raya kat kampong. =(

Bukan tamau…tapi kejar masa nak g Seremban. Setelah berjaya dipujuk oleh Kak Nini, macamne pun kene g johor jugak sebab satu hantaran pihak Nad untuk lelaki ada pada prof…kalau xpergi, memang xpatut plak.

Fine! Sebabkan kene balik kampong, so Kak Nini usahakan jugak cari tiket ke Pasir Gudang haritu jugak…kesian Airin kene gerak sorang2.

Risaunyeeeee kalau xde tiket. Macamne nak hantar coklat Nad =(
Cepat2 whatsapp Airin, mintak tlg die tengokkan tiket last ke Pasir Gudang pukul berape. 5.30pm last! Kata Airin

Ok! 5.30ptg???? Sekarang pun xgerak balik kampong lagi. Sempat ke nak kejar mase?

Kesimpulannya, xlame lagi jumpe Adlin…then balik kampong…next heading to Pasir Gudang

Adlin pun sampai, dalam kul 12tgh…terus g umah die. Makan rending daging import dari Australia *kononnya!* haha…xkesah la, Australia ke New Zealand ke. Tapi kalau die pergi oversea xajak prof. Nahas die! sedut lemak2 die kang…ahahahah *bace part ni kuat2 ye kepada DIVA kepada 2 EVA tu*

So, secara xsengaja…dapat lah beraya bersama. Bak kata dia, kalau gas rumah xhabis memang xsampai la kat rumah die. Nampak gayanya, begitu lah kan?




Balik dari umah Adlin…terus tukar kereta, gerak balik kampong bawak barang2 nak g johor. Adik2 pun dah siap2 kemas baju nak tdo kampong. Diorg happy sangat dapat balik kampong sebab ramai sedare mare sebaya diorg kat kampong…Alhamdulillah! Xrisau dah la nak gerak jejauh. Adik2 kompem ade makanan…=)

Ohhh ye! Tau kenape beriya Kak Nini ajak balik kampong? Sebab die masak soto best!!!! Serious best! Nak kene minta die ajar la one day nnt. Ahaaa

Sampai je kat kampong, terus cari Kak Nini cakap pasal tiket bas last kul 530pm. Die kol husband die suruh carikan tiket ke Pasir Gudang hari ni jugak tapi yang paling last. Dapat kul 430pm.

Alhamdulillah!!!!!!! Syukur padamu Ya Allah

Rezeki Nad nak settlekan hantaran die…rezeki prof nak jadi one of special guest on her special big day. Insyaallah! =)

Beza perjalanan dengan Airin, 2jam…tapi waktu kami tibe beza 1jam. Tegar betul Airin tunggu prof kat terminal bas Pasir Gudang. Thank you Airin! Padahal prof yang suruh die tunggu…hahaha

The end! Next entry >> Nad Razak’s Engagement Ceremony

With Love, xoxo

Friday, October 26, 2012

Benda baik untuk dikongsi

Assalamualaikum, blogger dan pembaca yang sporting

Pernah tau x pasal ergonomics??

Ergonomics ni dari bahasa greek...Ergos mean work, Nomos mean nature law. Kajian pasal kerja2 harian yang kita lakukan dengan posture badan yang betul.

Kepentingan ergonomic study ni boleh bantu kurangkan masalah kesihatan akibat dari kekerapan melakukan kerja harian. 

Tengok video ni...antara posture badan yang betul semasa menggunakan laptop, dan smart phone.



Info ni prof dapat dari program Safety Awareness Talk n Test untuk pelajar2 Postgrad Fakulti Kejuruteraan Kimia. Semoga info yang bermanfaat ni dapat dikongsikan bersama. Insyaallah!

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Sincerely,

Sayang diorg

Assalamualaikum

Prof sayang adik2 prof semua, xde kurang walau seinci.

Yes, prof garang...dan prof tau diorg pun kadang2 bengang je bile kene marah.

Hahaha...suatu masa dulu, Biha pernah ajukan soalan yang berbunyi macamni >> 
"kak ique, kenape kalau jadi kak long kene garang?" 

Ok! hands down...she wins.

I replied >>  
"emm, mestilah...kalau xgarang macamne adik2 die nak dengar cakap.betul? Best kan dapat akak yang garang mcm akak awak ni (angkat2 kening, kenyit2 mata)?"

Hahahaha

Prof naik angin bile dah kemas rumah, pastu sepah balik. Bile dah makan, xbasuh pinggan. Tengok TV, sampai lupe solat. Gaduh. Bising. 

Tak boleh tahan! serious...boleh meletup satu Desa Cempaka ni kalau prof jerit. Selambe je, xkesah la org nak kata ape. janji adik2 prof xbelajar jadi pemalas.

So far kalau diorg xtolong kemas or masak or buat ape2 kerja rumah...prof xde lah bising. TAPI! kalau prof dah kemas, sesape yang sepah balik memang nahas la. bingit je telinga diorg dengar jeritan prof yang lunak ni...ehemmmm.

Kadang2 tu kalau diorg buat sepah... prof berdiri tegak2, buat muke macamni >> 


Then, diorg terus gelabah angkat mainan masing2...simpan. Kadang2, diorg tgh tgk tv tu prof dah siap masak n nak join diorg tgk tv tiba2 nampak tuala/pakaian bersepah2...terus point kat benda tu, tinggi suara sikit je "Ya Allah!!!!! bersepahnye. Eh...sape punyer ni??? xkire...angkat sekarang! Akak kire sampai 3, xsettle...masuk tong sampah. 1...2..." menggelabah la diorang. Settled!

 Tuala letak kat ruang tamu, baju letak kat sofa...sume aktiviti nak buat kat ruang tamu. Ape lah gunanya bahagian dapur, bilik mandi, bilik, n so on. Haishhhhh la adik2 prof. 

Walaupun prof garang...tapi prof tau yang diorg tau yang prof sayang diorg semua. =)



With Love, xoxo

Hari Minggu di Shah Alam

Assalamualaikum, blogger dan reader yang best! =)

Last weekend, prof bawak Ila, Faiq, Biha datang S.Alam sebabkan nak cuti Raya Haji yang panjang...so, bawa diorg habiskan masa sama2 kat sana

As usual, KTM n bas pilihan kami kalau nak jalan..haha. 

Budak2 ni xpernah lekang dgn memane siaran kartun...pantang ade tv, cite ulang2 pun diorg tengok jugak!

Kat dalam KTM, ulang2 cite Tom 'n' Jerry...excited bebenor tengok TnJ tu.



Tengok lah! janji xbising, xganggu ketenteraman org lain

Selalu gak bawa diorg lepak main buaian n gelongsor kat taman Kristal tu

Seronok!

Sambil prof siapkan projek pertunangan bestie, sambil layankan diorg.

I'm gonna missed these moment

Love them all, so muchie2!



With Love, xoxo

Wednesday, October 24, 2012

Untuk Tempahan!

Assalamualaikum, blogger dan reader

Berita baik prof nak share...

Ada sesiapa berminat untuk tempah gubahan coklat bagi majlis perkahwinan, pertunangan, konvo, kelahiran, dan sebagainya????

Boleh lah tempah dengan prof!

Ni antara sample2 bentuk coklat untuk pelanggan...

Setiap coklat ni, ada yang diisi dengan cornflakes, coco crunch, badam hancur, badam sebiji, dan bubble rice.




 

 



Set mickey and friends pun ada








 Tempahan boleh dibuat paling lambat seminggu sebelum tarikh majlis kalian

Boleh request ikut bajet, mahupun design yang kalian mahu

Nak yang gubah dalam bakul pun boleh, nak letak dalam kotak pun boleh

Ni contoh design yang prof jumpa dari google

P/S: ini hanya contoh gubahan orang lain, bukan dari prof...hasil dari prof, akan diupdate dari masa ke semasa. Insyaallah!












With Love, xoxo

Monday, October 8, 2012

Jom bantu Kamal Affendi Hashim

Assalamualaikum, sabahat blogger dan pembaca yang setia!



Ade ke pembaca setia blog ni???? Ish! perasan je la prof ni...

xpelah...xkesah tapi kot ade yang terjalan2 kat blog prof ni, ade benda penting nak share ngan korang semua.


Dearest Friend,

I am writing this with very heavy heart. My dearest friend, Dr Kamal Affendi Hashim in need of help. He was diagnosed with AVM on his left brain and need to get a surgery which cost him about RM40,000. The insurance did not cover his illness and he need to do the surgery this coming wednesday. I could not afford to help him alone but I'm extending this to all of you here who have
been saved with his deeds.

Do you know why he is important? He never stop giving his service to our community. He is such a darling. And, I still want him to be with us and keep serving us with his service. Of course, I am not able to tell you guys in details what he have done, but trust me, he is an unsung hero.

Untuk bukti yang sah, bace kat sini plak >> blog Mazidul Akmal

I would prefer pada yang nak membantu...boleh hulurkan sumbangan directly ke account Kamal Affendi Hashim, Public Bank 4007 85 2927.

"Ya Allah...semoga kau dapat berikan petunjuk dan hidayah mu pada Kamal Affendi permudahkan urusan beliau untuk pembedahan tu, semoga beliau kembali sihat dan normal. Berikan kekuatan pada beliau untuk mengharungi detik2 kritikal dalam hidup beliau...mudah2an cukup duit sumbangan dari orang ramai yang prihatin untuk selamatkan beliau...Ya Allah, bantulah hambamu itu, beliau perlukan sokongan dan bantuan yang secukupnya untuk pembedahan itu. Semoga selamat semuanya, bismillah...rabbi yassir wala tu'assir"



With Love, xoxo

Penantian berakhir

Assalamualaikum, blogger and reader

I am Happy today!!! Horey

Rabbi yassir wala tu'assir...I can feel the excitement for my labwork session. I have to prepare something good today for tomorrow meeting and discussion with the supervisor. Insyallah, hope the outcome will be good and as expected.

Ya Allah...I have wasted almost a month looking for the chemicals to be used for my labwork. But finally, today I've had found it all...All of them! the most important part in my experiment is the catalyst. Ohhhh hello Stannous Octoate (Tin (II) ethylhexanoate) where have you been darling? You really make me feel so upset w/o you. Please be nice, don't be naughty coz we have long journey to go through together.

Till then, may I have smooth sailing...insyaallah


With Love, xoxo

Wednesday, October 3, 2012

Jiran ohhhh jiran

Assalamualaikum...blogger dan reader yang disayangi

Geram!!!!!

Ok...tarik nafas!! hembussss...

Begini cerita dari awal, ada satu pasangan makcik dan pakcik yang bertudung labuh dan bersongkok merangkap jiran xbape nak jauh n xbape nak dekat.

Dari mula2 kami start pindah Nilai, diorg ni pun kenal2kan diri masing2...dulu makcik ni jual kuih depan rumah die, sedap tau. xdinafikan memang sedap...

Lepas tu die dah xjual kuih sebab die jadi cikgu tadika...tatau plak die ade kelulusan tuk ngaja budak2 tadika. as my knowledge, nak jadi guru tadika pun kene ade ilmu gak...bukan main terjah je mintak kat kawan2 yang mengurus tadika nak jadi guru kan??

Ok, mase Faizal kecik dulu dalam umur 10 tahun lebih kot xsilap prof...arwah mak abah hantar adik2 ngaji kat rumah die. BERBAYAR ok! bukan FREE...

Tapi mulut die ya allah! macam bertih jagung yang kene goreng jadi pop-corn tu. Menurut kata adik prof, makcik tu kata " Eh, korang ni mak ayah tau cari duit je...anak2 entah jadi ape ". Ishhhh! Baik betul bahasa makcik tu. 

Kebetulan masa tu prof kan sakit...ramai gak la jiran2 yang termakan kata2 suami isteri tu. Kata yang arwah mak abah prof ni tau cari duit je, anak sakit pun dibiar2 kan aje. 

Hati sape xterguris bile dengar orang cakap macamtu kan??? Ya Allah!

Ok...memang banyak tempat dah arwah mak abah bawak g berubat, tapi apekan daya kalau bukan itu yang Allah nak tunjukkan penawarnya. Tapi arwah mak abah xpernah pun mengeluh cakap susah nak jaga prof. *Harap-harap sepanjang hidup prof dengan mak abah xde lah susahkan diorg...insyaallah! moga mak abah tenang kat sana*

 Diorg memang sibuk la hal2 jiran tetangga ni...bagi prof itu bukan tahap ambil berat tapi dah tahap menyibuk. Serious! Ya Allah, napelah orang macamtu ade dalam kawasan kami...

Terbaru ni, Mak Teh datang rumah bertanya khabar...takot la anak2 buah die ni ade ape2 hal kan...sambil2 tu die tanye jugak sejauh mane kebenaran rumors yang digembar gemburkan makcik pakcik tu tadi. 

Yes! I am quite upset...macam2 rumors diorg buat, macam lah mereka tu ibu bapa prof. Pada jiran yang terima semua kata2 diorg bulat2 tu memang prof xley nak buat ape lah kan...kami ni minoriti je kat kawasan tu. 

Tadi pakcik tu kol, tanya lokasi prof...malas nak layan, entah ape lagi agaknya nak buat cerita lepas ni...kebetulan adik2 je ade kat rumah. So, Faiq yang jadi gentleman selamatkan keadaan...pakcik tu ajak mengaji dengan die. for FREE! 

Mase berbayar pun bercakap...ni kan plak xberbayar. 

Tidak mengapa...Allah masih bagi peluang kat prof untuk cari duit untuk panggil ustaz datang ajar mengaji kat rumah. Biarlah kebodohan mahupun kepandaian adik2 prof dalam mengaji Al-Quran ni ustaz dan kami je yang tau...andai kata adik2 xpandai baca Quran???? Ehhh, hello! kompem2 die heboh satu Nilai siap tampal kat notice board agaknya. Astaghfirullah...prof pun tambah dosa mengutuk diorg dalam blog.

Die xpernah jenguk kami tanpa ada ape2 urusan...selalu die akan datang bile ade urusan penting jela, bile ade majlis anak yatim baru lah terhegeh2 datang rumah nak menjemput...bile ade kawan2 prof ramai2 datang rumah melawat baru lah terhegeh2 nak tanye khabar...bile ade crew produksi TV UiTM datang dengan lecturers n dean prof barulah terhegeh2 nak tanye khabar...no manners!

Cerita yang diorang buat kononnya prof xmasak untuk adik2 n biarkan adik2 minta makanan kat cikgu, prof merayau tinggalkan adik2 bersepah2 kat rumah orang. Semua tu memang lah xbetul...ya allah!

Selain waktu mengajar, memang prof akan duduk rumah je xkemana...prof akan MASAK setiap kali lunch hour. Bile hari mengajar, prof akan pastikan nasi dah masak n lauk dah tersedia untuk stok sampai malam sebelum keluar g mengajar...dan ade jugak kadang2 prof bawak diorg semua g tuisyen naik bas balik tengah2 malam pun heret jugak budak2 tu...

Pakcik dan makcik tu xpernah tau kisah kami dan prof xkan benarkan die tahu ape2 good noews pasal family kami...biar diorg dibuai dengan bad story pasal kami yang sememangnya tidak benar. Biar, biar...mulut orang xboleh nak tutup, hati orang pun xboleh nak jaga...

Jalan terbaik yang kami decide skang ni duduk dalam rumah, xyah keluar kalau xde hal penting...itu pun die boleh cakap adik2 prof bersepah sebabkan rumah kami bertutup je...

Do not trust others easily...especially orang macam tu. Mintak dijauhkan orang macam tu dalam hidup kami.


"Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots"-Quotes

 

 

 With Love, xoxo

Monday, October 1, 2012

Acne Skin Product

Assalamualaikum blogger dan reader semua

Prof ade big problem bile jerawat kat muke ni memang xreti nak berenggang dengan kulit muke prof. selesa sangat agaknya duduk lame2 kat muke orang. tatau malu la jerawat ni. ish!

Sejak dari lepas operation haritu sampai sekarang tamau hilang...macam2 gak product yang prof dah pernah try tapi end up xde result ape n jadi makin teruk (as usual la orang kalau bagi testimoni kan? hehe). Err...mungkin skang ni masa nak stabilkan hormon kot. 

Antara yang xmenjadi kat muka prof ni >> Biore, Clean n Clear, Hazel Snow, Oxy, Neutrogena




Yang ok >> temulawak (rm5), tia amelia (rm85/set), eumora (rm90/buku)

Sebelum ni pernah singgah Guardian kat Giant, Nilai temankan Syida cari barang die...prof pun jalan2 tengok product Nutox. Tibe2 saleswoman Clinelle suggest prof beli product die...katanya bagus untuk kulit berminyak n berjerawat. Memang dah terpaut dah lepas dengar explaination die...tapi bile die sebut dalam tu ade tea tree oil terus tawar hati nak beli sebab pernah prof try product dari Body Shop set rangkaian tea tree oil tapi makin naik jerawat...xsesuai =(

RM 39
RM 48
RM 28
Terus stop immediately, ade lagi body shop tu kat dalam bilir air xsampai half pun lagi...harga pun boleh tahan setiap satu ni. Pernah gak try Eumora dan memang bersih kulit muka..prof pakai sabun Eumora ni boleh la tahan sebulan lebih jugak. Tapi sebabkan mahal, xmampu nak beli lagi kalau dah habis...so far, dah habis 3 buku sabun Eumora ni. Skang tengah sabun ke-4 =)

  

Satu buku tu harga nya rm 90 tau...bukan satu kotak tu rm 90. Mahal! huuu...tapi hasil nya sangat puas hati. =)

Ok, lepas dah teman syida beli barang kat Guardian tadi tu...xde la beli pun Clinelle tu. Nak dijadikan cerita, sabtu lepas (29/9/2012) temankan Kak Han g Guardian plak cari barang...ehhhhh, lalu plak depan Clinelle punye rak. stop! tengok2...poyo je! bukan beli pun lah..orang tengok je.

Balik rumah, xley jadi ni...terus amik phone, google pasal Clinelle! so far testimoni orang yang pakai produk ni rata-rata cakap bagus. 

Ehem! esoknye prof ade kelas english dengan students form 3 and primary...balik dari tuisyen, singgah rumah Syida hantar barang...pastu terus menyuarakan isi hati prof nak beli Clinelle tu. Ahahahahaha...prof tergoda jugak akhirnya

Memang xboleh jadi...Syida pun cakap die dengar2 gak orang cakap Clinelle ni bagus n kalau prof jadi beli die nak tengok hasil nya nanti. Hahaha...kelakar ok! kalau xjadi macamne???? NAHAS!!!!

Ok...on the way back ke rumah, singgah Watson. Beli lah Clinell Purifying Cleanser ( RM 33.90 RM 28.80 harga promotion) dapat free Clinella Blackhead Control Gel. 

Balik tu, siap2kan kemas barang nak balik S.alam...pastu terus try pencuci muka baru. hoyehhh! 

Best2! Mild sangat pencuci tu...xrase tegang bila dah pakai. Rase nak cuci lagi, lagi , lagi dan lagi. hahaha...serious best. Lepas pakai, muke nampak bersih la...ala, macam pakai pencuci lain gak. mula2 pakai memang rasa best sebab baru tukar dari produk lame...cube kalau dah lama2 pakai. Camne???

Eh! tapi mintak2 kali ni sesuai lah dengan kulit muke prof...tanak dah susah2 cari produk lain. Macam ebelum ni prof mengada2...dah elok2 pakai set produk Tia Amelia, Flawless gile! Glowing in the dark la katakan. eceh!


Tapi mahal jugak, n krim die cepat sangat habis...pastu nak restock memang malas nak keluar jejauh...mase tu prof tengah buat degree...so same2 dengan Yong, Fatin, Ida, Ecah pakai Tia Amelia ni. Sume cantik2 bile pakai ni...TAPIIIII! once you stop pakai benda ni, menjadi2 balik la muka yang flawless tadi tu. Serious! Pastu kalau kene panas, muke mesti cam gatal2 sikit...even dengan rasminya pengeluar produk cakap TANPA PENGELUPASAN tapi bile rase gatal2 n kemerahan tu memang xbest la...STOP jugak. hmm

Sampai lah sekarang ni...pakai yang murah je, Safi Gamat. Mule2 memang ok...terkawal la jerawat2 ni, tapi tula prof cakap lepas je operation terus xmampu kawal jerawat ni. Actually xteruk sangat cume adelah kumpulan2 jerawat jahat ket tengah2 pipi kiri kanan, dahi sikit, dagu xyah cakap...memalukan, then kat hujung pipi nak dekat ngan telinga tu ade sikit...sedih kan?

Ya Rabbi! prof..tolong lah bersyukur, masih terkawal tau, bukan teruk sangat...yang nak ngade2 ni kenape? tampar kang! orang lain lagi teruk sampai resdung...mengada je prof ni. eeee...meluat!

Ehee...jangan marah!

Skang ni memang da pakai Clinelle...semalam masa sampai S.alam, tengah2 makan kat seksyen 2 terus whatsapp Nad mintak tolong die singgah Guardian belikan Clinelle Puryfying Toner (RM 33.90).

So, skang ni set Clinelle yang prof pakai >>



Nah tengok ni, from Facebook Clinelle sendiri share pasal recommended product menngikut jenis kulit:

PRODUCT RECOMMENDATIONS FOR DIFFERENT SKIN TYPES / CONCERNS

by CLINELLE on Wednesday, August 22, 2012 at 9:23am ·
PRODUCT RECOMMENDATIONS FOR DIFFERENT SKIN TYPES / CONCERNS

1.     Product Recommendations - Normal to Oily Skin Type
Steps:
1. Deep Cleansing Gel
2. Skin Smoothing Scrub
3. Purifying Toner
4. Eye Bright
5. Moisture Glow (Day & Night)
6. UV SPF50 (Day only)
7. Oil Free Smoothing Compact SPF18

2.     Product Recommedations - Normal to Dry Skin Type
Steps:
1. Caring Milk Cleanser
2. Skin Smoothing Scrub
3. SnoWhite Mask
4. Soothing Skin Toner
5. Eye Bright
6. Moisture Booster
7. Intense Skin Moisturizer (Day) / Hydra Firm Night Cream (Night)
8. UV SPF50 (Day only)
9. Oil Free Smoothing Compact SPF18

3.     Product Recommendations - Dull and Uneven Skin Tone
Steps:
1. Deep Cleansing Gel or Caring Milk Cleanser
2. Skin Smoothing Scrub
3. SnoWhite Mask
4. Purifying Toner or Soothing Skin Toner
5. Eye Bright
6. Brightening Serum
7. Moisture Glow or Intense Skin Moisturizer (Day)
8. Hydra Firm Night Cream (Night only) – for dry skin condition
9. UV SPF50 (Day only)
10. Oil Free Smoothing Compact SPF18


4.     Product Recommendations - Acne Prone Skin Type
Steps:
1. Purifying Cleanser
2. Skin Smoothing Scrub
3. Blemish Clear Mask
4. Purifying Toner
5. Eye Bright
6. Blemish Clear
7. Blackhead Control Gel
8. Purifying Gel Moisturizer (Day & Night)
9. UV SPF50 (Day only)
10. Oil Free Smoothing Compact SPF18


5.     Product Recommendations – Anti-Aging
Steps:
1. Ingenius Age-Defense Cleanser
2. Ingenius Age-Defense Toner
3. Eye Bright
4. Anti Wrinkle & Firming Serum
5. Ingenius Optimizer Daily Booster
6. Ingenius Age-Defense Moisturizer (Day & Night)
7. UV SPF50 (Day only)
8. Oil Free Smoothing Compact SPF18


6. Product Recommendation - Sensitive Skin Type
Steps:
1. Caring milk cleanser
2. Soothing skin toner
3. Moisture booster
4. Eye bright
5. Intense skin moisturizer (Day & Night)
6. UV SPF50
7. Oil free compact powder
8. Skin Smoothing Scrub  *2 weeks once



Banyaknye! tapi xde la sampai nak beli semua ni...cukup2 la basic yang ade untuk hilangkan jerawat ni je. Moga2 cara ni lah laluan untuk prof clear kan balik jerawat2 ni. Insyallah...


With Love, xoxo