Ramadhan bersama Orang Jauh =)

Assalamualaikum, blogger dan pembaca yang best! =) 

Harini prof dapat jemputan berbuka puasa dengan sahabat2 seangkatan yang tengah further master. Jemputan khas dari kak Shila n Faizal...semua aktiviti dibuat kat area rumah je. dari memasak, sampailah berbuka...

Supposed prof yang jemput diorg datang rumah, tapi terbalik plak...diorg yang ajak nak berbuka puasa ngan kami. Syukur, alhamdulillah... *uhuuu...happy! happy!*

Kak Shila dari Pulau Indah, Faizal dari Ampang deal nak berbuka puasa dengan adik2 semua...dan alhamdulillah, niat mereka termakbul...

Juadah berbuka harini yang dimasak special oleh Kak Shila dan Faizal ialah Sambal Udang, Ayam Masak Kicap, Ikan Goreng, Sayur, Air Oren.

Tak lupa jugak, prof jemput Syida datang berbuka sekali...kebetulan parents dia hantar Syila (Adik Syida) balik asrama, hantarkan Syida sekali...

Bertemankan Syida, Kak Syila, Faizal...meriah plak rasa berbuka tadi. 

Corat coret kisah aktiviti kitorg harini, Kak Shila ketua chef ber"tungtang2" kat dapur, maafkan part terpercik minyak gorang ayam tadi ye kak...Faizal plak men tumbuk2 sambal belacan, potong bawang, siang sayur...haaa, jangan memain tau, pandai buat kerja2 dapur ni.

Terima kasih Syida, Kak Syila, Faizal sebab sudi luangkan free time korang semua dengan kitorg. Maaf la kalau xselesa kat sini...tapi frankly speak yang aktiviti petang tadi sangat2 best. Alhamdulillah...terima kasih banyak2.

Lepas maghrib, Kak Syila n Faizal pun berangkat pulang ke destinasi masing2...adik2 plak ikut angah keluar g men bunga api kat taman. Tinggallah prof dengan Syida kat rumah...menonton Takbir Suci 2 (Astro Prima) together2 sampailah lepas tarawikh.

Thank you for today... I am HAPPIER!

Salam ramadhan dari Farah, Fadzli, Faizal, Firaz, Ila, Faiq, dan Biha


 

With Love, xoxo