Wednesday, August 29, 2012

Lemang Daun Tebu

Assalamualaikum, blogger terhebat sekalian

Ahad lalu, prof dah kepenatan berjalan raya...masa untuk rehatkan diri dengan adik2 kat rumah. 

Dapat kol dari Kak Han, nak datang rumah n makan dengan kitorang...ada bawak rendang ngan lemang daun tebu, dibawa khas dari terengganu.

LEMANG DAUN TEBU??????

Xpernah makan pun

Korang???? Tau ke macamne rupa lemang tu?

Inilah rupa Lemang Daub Tebu bersama rendang ayam =)

Adik2 with Kak Han

Lemang tu sedap...ade bau tebu sikit. Kat sini memang prof xpernah tau ade benda ni...kalau nak kene g terengganu la. Nanti 21 September, Kak Han nak g sane lagi...nak kirim sikit la. ehemmmmm!!! Boleh kan???


With Love, xoxo

Raya Raya Raya dan Raya lagiiii

Assalamualaikum, salam syawal hari ke 8!

Still standing mood beraya?

Amboi2!!! 

Memaku dulang paku serepih, mengata korang prof pun lebih! ahaaaa

Pagi hari raya ke-8 ni prof dah janji dengan Zahira malam tadi nak datang pagi since malam tadi kan xdapat datang sebab lewat sangat. Alhamdulillah, dapat jugak beraya dengan sahabat yang bertahun jugak xjumpa...

Ingat x Zahira yang mane??? Haa...bace sini >> After 11 years

Dalam kul 10 dah gerak g rumah die...alang2 nak g cari barang n makanan adik2. Layanan dari family Ira sangat tip top...jangan kata beraya je, siap tapau makanan n kuih raya tau. orang lain mane dapat layanan exclusive macamtu. eceh!

Jah dan Dara nama glamor kami =)


Haritu mama Ira masak spaghetti, nasi lemak, n ade rendang daging...sedapnye!

Nasi lemak sedap...spaghetti xsempat rase sebab kekenyangan makan nasi lemak mama Ira. Alhamdulillah!

Pergi diambil, balik dihantar...bersama tupperware2 kuih raya dan makanan tuk adik2. Semoga rezeki Ira dan keluarga semakin bertambah...insyaallah! =)

Balik dari rumah Ira...cepat2 settle down untuk beraya dengan kawan2 plak. Nisa dah tunggu sejam kat rumah. Sorry Nisa sebab lambat.

Ok! first rumah Amir...macam biasa, tempat gathering budak2 nak konvoi raya mesti kat rumah Amir. Yelah, nak buat kat rumah prof segan plak kawan2 yang boys sebab rumah perempuan. Bila rumah lelaki, xde la segan...



Ketua rombongan tahun ni Nisa+Najme...mase prof ngan Nisa dah sampai kat rumah Amir, kawan2 lain pun dah sampai...kami menunggu Najme dari sejam lepas die cakap ON THE WAY! ON THE WAY!

Jam dah kul 1.15pm pun die xsampai2 lagi...where are you Najme???? Tak bangun lagi ke? opps

Kitorang just proceed ke rumah Musa plak sementara tunggu Najme n Arin. Next, ke rumah Iwan...




Rumah diorg ni besar2...selesa nak lepak lame2. Nak compare dengan rumah prof yang xseberapa tu. Prof teringin sangat nak layan tetamu macamne arwah mak buat...setiap kali tetamu datang MESTI hidangkan makanan yang dimasak sendiri. 

Hmmm...prof xreti masak. kan best bile orang datang, kite bagi makan...kenyang perut diorg senang hati. Kan??

Prof tengah belajar nak mantapkan masakan...hehe. I wish!

Haaa! Lepas settle raya kat rumah Iwan...kami terus gerak g Serdang. Ade open house kat rumah sahabat kami, Ecah.


Dalam lif pun sempat snap gamba...good job cameraman =)


Sebabkan Scha nak kene g keje kul 7...balance masa yang ade kami lepak kat Alamanda sementara tunggu pukul 5 lebih nak beraya ke rumah Nazirul kat Jenderam. Plan asal nak beraya area Nilai plak...tapi nanti susah plak Najme nak gerak jauh2 g hantar kekasih hati, Scha g keje. 

Best kan? Dapat laki yang boleh g hantar n amik g keje...*masuk dalam checklist lelaki idaman* hahahahaha. Eh! make it clear...bukan masukkan Najme dalam lelaki idaman, tapi masukkan ciri2 lelaki idaman yang boleh hantar n amik dari tempat keje. hehehehehe...sweet! Untung la Scha de Najme. Pray for the best of u =) 




Wokeyh! Kat Alamanda...xde buat ape pun. Nisa cari asam jeruk, sementara yang lain g settle kan Asar. Pastu terus gerak g rumah Nazirul. Die baru balik keje kul 5 lebih...sebab tu sanggup tunggu. 

Kat rumah Nazirul, ade kek coklat moist yang sedap...plus cheese cake yang sangat cheesy! Yummy...so scrumptious!!!!!

Iwan berebut2 kek coklat ngan Nisa...Layankanlah budak berdua ni. kitorang ni kembar...Iwan is our brother, kononnya dalam kisah persahabatan kami ni. heheheeh

Lepas rumah Nazirul, masing2 buat haluan masing...prof balik rumah jap settle kan adik2 nak bawak g beraya belah Nilai plak. 

Nisa, Aswad, Nazirul gerak ke rumah prof sebelum mulakan pengembaraan raya belah malam plak kat Nilai...maghrib n berkumpul dulu kat rumah prof. Rehat2 sambil tunggu kawan2 yang lain sampai...




Lepas maghrib, kami meneruskan aktiviti jalan raya lagi...ke rumah Fais. Oh my!!! Kat rumah Fais ade Mee Kari yang sedap...

Selama ni belum pernah prof jumpa orang buat Mee Kari sehebat dan setanding air tangan arwah mak prof. Ni kali pertama...serious tak nak balik!!! Nak duduk rumah Fais habiskan Mee Kari mak die.

So amazing! *sambil google resepi mee kari...nak t ry*

Habislah pasal rumah Fais yang ade hidangan melazatkan tu. kami terus ke rumah Pka...kemudian rumah Syida buat kedua kalinya prof ke sane. ehem!

Special guest...hahaha, nanti datang lagi. heeehooo

Depan rumah Syida

Kat rumah Pka


Mak Syida ade buatkan baju raya untuk adik2 perempuan prof. cantik dan sepadan sangat diorg. kaler purple polkadot. Tapi malam mase ke rumah Syida tu adik2 pakai baju biasa je...xdapat Mak Syida nak tengok hasil jahitan beliau. Next time!




Habis rumah Pka...cepat2 g rumah Nisa, we all tamatkan perjalanan raya kat rumah Nisa. Selalunya memang rumah2 besar ni dijadikan tempat menyinggah dan merehatkan diri...rumah Nisa jadi mangsa selalunya. Hehe. Tahun2 sebelum ni aktiviti terakhir mesti BBQ kat rumah die...tapi tahun ni, plan pun last minit n diorg tanak aktiviti BBQ so malam tu kitorang makan2 biasa je =)

Hooorayyy!!!! Habis dah ceritera raya prof. Minggu ni ade jemputan rumah terbuka plak...khamis ni dengan students2 n teachers tempat tuisyen prof. Sabtu rumah Nadrah n Khairul...Ade kesempatan insyaallah akan ke jemputan Sabtu ni. 




Meh baca previous entries pasal raya prof =)




With Love, xoxo

Monday, August 27, 2012

Raya Sakan 2012

Selamat Hari Raya!!!!

Banyak x dapat duit raya tahun ni??

Simpan! jangan boros...

Tahun ni kan, mula2 rasa memang xseronok nak sambut raya...prof cuma siapkan adik2 je. Tak pk pun persiapan ape yang xcukup untuk diri sendiri.

Tapi, alhamdulillah...malam raya dapat sepasang kasut wedges, sepasang selipar. Kak Nini belanja! Thank you makwe.

Plan nya nak balik kampung malam raya...tapi, at last xjadi sebab pagi raya tu singgah kubur dulu baru pk nak gerak g mane2.

Alhamdulillah...satu syawal kami baik2 sahaja. Lepas solat sunat hari raya, terus g kubur mak abah. Kemudian, duduk rumah je xde buat pe sampai petang baru keluar rumah.

Prof xde mood la raya tahun ni. X macam sebelum2 ni..prepare kad raya, cari baju raya, kasut, tudung. Sekarang ni, kalau ade tu ade lah...kalau xde, pakai je yang lama2.

Walau macamne pun, terima kasih pada semua yang memeriahkan raya prof ngan adik2 tahun ni...Baju n kasut ade yang sponsor. Perjalanan raya pun ade yang sponsor...

Tak terkata perasaan gembira yang membuak2 dalam hati ni...dah tatau macamne nak wish thank you lagi kat diorg.

Korang percaya x kemana2 prof nak pergi beraya, diambil dan dihantar...macam princess! Best kan???

Bermula pada 5 Syawal...saudara-mara sebelah arwah abah dari Jengka 19, Pahang turun Nilai. Beraya kat sini, pastu bawak kitorang g Seremban rumah Kak Musliha. Tidur semalam kat sane, lepas tu besok paginya balik ke rumah...bersiap2 nak beraya dengan Hanis pula. 

Masuk 6 Syawal, beraya dengan Hanis...dari Bangi ke Nilai, kemudian kami ke Seremban. Mula2 Hanis datang rumah prof, beraya raya raya...lepas tu prof bawak Hanis g rumah Syida. Angkut Syida sekali bawak g beraya rumah Wani n Airin kat Seremban.

Hanis dengan gaya terbaru beraya di istana prof =p

Kalau nak tau, prof ade buat kuih raya kononnya persiapan raya untuk tahun ni...tak macam tahun2 lepas, prof ngan arwah mak buat kuih mazola n yang lain beli je. 

Tahun ni, buat je kuih2 raya...paling dahsyat, 2hari sebelum raya kuih prof hangus sebab terlena kat sofa. Terus fedap xnak buat kuih dah...surrender je. Kot ade rezeki kang cari la kat luar. Tapi xde...

Nasib baik ade orang datang bagi kuih2 raya kat adik...boleh buat hidang tuk tetamu. Kalau x...xkan nak hidang kuih hangus???? oh no!

Cerita pasal kuih ni, bersemangat prof buat kuih raya ni sebab Hanis cakap die nak datang raya umah prof nak rasa kuih2 prof. Alahaiiii...terharu sangat =)

Dapat jugak 2 tahun berturut2 Hanis datang beraya ngan prof...hehe. Tahun ni kami xde kad raya...selalunya kitorang akan tukar2 kad, masing2 pun busy n mungkin sebab tu jugak kitorang xde masa nak tulis kad raya =p

Kitorang pun kemudian gerak ke rumah Syida...Hanis ngan prof je. Bila Syida dah siap2 nak ikut, prof cam xsedap hati plak nak tinggalkan adik2 kat rumah. Cepat2 text diorg suruh siap nak g beraya kat Seremban.

Ila, Faiq, Biha yang ikut...nak bawak yang lain xmuat. tunggulah ade rezeki prof nak pakai kereta nanti boleh bawak diorg beraya sama2 =)

Hanis, Syida, Prof dan adik2 di rumah Wani (sebelah prof)

Prof dan adik2 tersayang

Balik dari rumah Wani...terus gerak g rumah Airin xjauh dari rumah Wani kat Taman Bukti, Senawang. Ya allah...kat rumah Airin, bukan takat beraya je tau. Siap pakej kaunseling lagi tau...Pakar kaunseling pasal CINTA semestinya mama Airin. Banyak petua dan nasihat yang dikongsi ngan kami anak2 dara ni...

Prof orang yang suke terima nasihat...n apply. Tapi kalau nasihat pasal CINTA ni tatau macamne nak apply. Apa2 pun, prof yakin dengan jodoh yang Allah bagi...Insyaallah!

Hanis xboleh lama...jam pun dah kul 5 lebih, kami kene gerak dulu sebab Hanis nak kene hantar Syida n prof dulu sebelum die gerak balik Bangi. 

Thank you Airin, Thank you Wani, Thank you Syida...lain masa jumpa lagi =)

Balik ke rumah...terus siap2 kan diri nak ke rumah Uncle Kamal xjauh dari rumah prof. Ikhwan datang rumah...ingatkan nak beraya, rupanya nak jemput beraya ke rumah die. Kul 9 dia datang amik. Kebetulan, prof nak keluar rumah tiba2 Najme n Mujahid datang rumah beraya...ok, xpe. masuk2...prof buatkan air =).

Ok, malam tu...prof sepatutnya beraya ke rumah Uncle Kamal (Dijemput), rumah Ikhwan (Dijemput), rumah Najme (Dijemput), rumah Zahira (Dijemput).

Lepas maghrib, uncle datang jemput kami semua ke rumah beliau. terharu sebab baru je kenal tapi uncle baik sangat...sudi ambil n hantar kami semata2 untuk beraya. Ya Allah...lindungi uncle dan keluarga. Insyaallah =)

Uncle, Ikhwan, Najme, Zahira...mereka semua sanggup jemput n hantar prof dan adik2 beraya. Baik sangat! Hanya ALLAH mampu balas. 

Kat rumah uncle, kami spent time terlebih sikit...sembang2 dengan Uncle n Aunty Linda (uncle's wife). Tak lupa jugak...prof dapat baju dari aunty. Cantik! Thank you aunty =)

 

Dalam kul 10 lebih, Faiq dah sibuk2 nak balik...uncle hantar kami balik rumah, sampai kat rumah terus keluar g beraya rumah Najme...2 kereta jemput kami. Nisa n Najme. Hahahaha...ya allah! prof tatau nak cakap ape bile Allah dekatkan orang yang baik2 dengan prof. Terima kasih!!!!!!!

Xdapat beraya rumah Ikhwan...die dah tunggu lama kat depan rumah waktu prof dan adik2 kat rumah uncle. Insyaallah, minggu ni kalau xde ape aral melintang prof singgah kejap rumah Ikhwan bawak adik2...xsedap plak orang dah jemput xpergi...dah la siap datang rumah nak bawak kami beraya. Sorry!

Kemudian, beraya rumah najme...plan asalnya diorg beraya rumah prof, kumpul ramai2 nak bincang pasal konvoi raya esok (7 Syawal-sabtu). Tapi sebabkan prof keluar lepas maghrib tadi...so tukar plan g raya plus discussion kat rumah Najme. 

Sebabkan dah lewat sangat kat sane...xdapat beraya rumah Zahira. Sorry! bukan xdapat...tapi postphone pagi esoknye.

Hmm...settle lah malam raya ke-6.

With Najme's daddy...friends, and my siblings
Dah macam kami plak tuan rumah! Bangun la adik2 ku..bagi tuan rumah duduk. hehe...Yang BLUE-BLUE tu lah adik2 prof. Sebelah prof is Nisa... =)

Jom ke next entry...pasal 8 Syawal plak! =)


With Love, xoxo

Thursday, August 23, 2012

Raya, Raya jugak...kesihatan jangan lupa!

Assalamualaikum, kawan-kawan terhebat!

Sudah 4bulan 21hari dari tarikh prof operate...dan sekarang ni, kesihatan semakin membaik dan cergas. Syukur alhamdulillah yang tak terhingga pada Allah yang memakbulkan doa dan impian prof untuk sihat.Subhanallah! Alhamdulillah!

Dari dulu sampai sekarang saiz badan xberubah walau seinci...cuma bahagian perut tu memang jelas ketara la kan. Dari 98cm turun jadi berinci2 nipisnya...sangat nipis, sampai boleh rase isi dalam usus (i guess so!)

Why prof cakap camtu??? Haa...sebab, prof selalu rase nak pitam n bile cek kat bahagian perut tu ade benda yang keras n memanjang kat bahagian kiri. 

TAKOT!! 

Nak picit xberani, tapi xsakit...so, gerakkan perlahan2 pastu tiba2 rase nak buang air besar. Cepat2 cari toilet...argh!!! berak keras rupanya.

Lepas dah membuang, alhamdulillah...yang keras tu terus hilang xmuncul2 dah. Dan xde rase nak pitam dah...

Benda ni berlaku setiap kali badan prof x buat proses penyahtinjaan...kalau dulu, setiap kali lepas makan, xkisah la banyak or sikit mesti terus cepat2 rase nak buang air besar.

Usus prof dulu displaced n bukan ditempat yang sepatutnya...abnormal kat situ, tapi ianya cuma teralih sementara je sebabkan cyst yang growth terlalu besar. So zat makanan yang xdiperlukan oleh badan prof akan diabsorb oleh usus dan disebabkan cyst yang terlalu besar tu dah himpit usus...cepat lah proses pembuangan berlaku. Makan je buang, makan je buang...

But it different now! Makan lah banyak mane...lambat sikit nak membuang. Tunggu berhari2 gak nak settle down perut ni, tapi lepas makan pisang mesti akan buang air besar. CONFIRM!!!...hebat jugak kuasa buah pisang tu.

Sekarang ni...walaupun kurus, kene jugak diet untuk jaga kesihatan. Orang lain diet untuk kurus, but not me. Prof kene diet untuk keep my health on the right track.

Insyaallah...

Ahha! pada kawan2 kat luar sane tu, yang seronok jalan2 raya...korang pun kene jaga kesihatan jugak. Makan rendang daging, ayam, kerang, lontong, masak lodeh...jangan makan xingat dunia. Pastikan ade gap beberapa minit sebelum amik juadah yang lain. Sayangi perut dan usus anda...kesihatan yang baik bermula dari usus yang sihat. 

Kalau usus xsihat, toxin dalam badan meningkat dan end up with SAKIT sane sini. 

CANNOT! CANNOT! 

Jaga kesihatan tau...hugs n kisses for u guys. Take a good care of yourself! insyaallah...

Pada yang akan pulang dari kampung yang jauh2 tu...berhati2 dijalan raya. Selamat bekerja pada yang bekerja, untuk adik2 tersayang selamat bersekolah minggu depan...dan untuk Ila, my lovely sister...selamat belajar dan menduduki exam UPSR.



With love, xoxo

Syawal Mulia =)

Assalamualaikum!!!!!

Salam syawal buat semua bloggers dan readers yang sporting

Mesti sibuk jalan2 sambil menziarahi kawan2 dan sudara mara kan??

Aidilfitri 2012 ni prof xde rase seronok sangat la, tatau la kot lepas2 ni seronok plak kan?

Sampai raya ke-5 ni, xde rase ape pun...same je macam hari2 biasa. Macam harini, prof tinggal sorang2 kat rumah, kunci pintu, slow down volume tv, online kat laptop...sebab adik2 keluar ikut angah diorg balik johor, rumah kekasih hati die. huh

Mesti dirog xrindu prof...almaklum, budak2 mane ingat orang tersayang kalau main seronok2 n jumpe kawan2 baru. 

Tapi, prof tetap sayang diorg...sayang sangatttttttttttt!!!!!!! Sekarang tengah rindu, nak kol diorg takot ganggu plak. 

Semalam, duduk sorang2 kat rumah xde watpe...g pasar cari barang2 nak masak. Plan nak masak daging masak lemak, try n success semalam. Alhamdulillah

Harini masak lagi...sebab adik2 semua nak balik harini, so masak untuk diorg jugak ni. Kalau xbalik kang sayang plak lauk tu...harap2 diorg balik.

Besok juga, ade plan ngan kekasih hati prof plak...Hanis!

Nak beraya ke rumah Wani kat Seremban, lepas tu boleh ajak Hanis dan Wani singgah rumah Airin kat Seremban jugak...hopefully jadilah plan ni =)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...muah!


With Love, xoxo

Wednesday, August 15, 2012

Persiapan raya 2012

Assalamualaikum, blogger dan reader semua

macamne hari2 terakhir ramadhan u guys?

Harini prof last mengaja tuk ramadhan ni...then cuti seminggu  and will be continued after raya (27 August 2012), insyaallah

Klas sains harini xramai yang attended sebab harini last klas, sekolah pun dah stat cuti.Settle kelas tadi dalam jam 530pm, prof terus gerak balik rumah...solat asar, pastu terus gerak g cari barang adik2. Destinasi pertama kitorang g berbuka puasa dulu kat kedai makan area Giant, Nilai.

Then, singgah Giant jap cari baju adik2...murah jgak. alhamdulillah, dapat jugak belikan adik2 beberapa pasang baju baru.

Insyaallah, ade kesempatan waktu esok nak cari kasut dan selipar diorg plak. Janji diorg happy dalam kesederhanaan...xpelah. Prof reuse balik ape yang pernah ade sebelum ni, cume haritu ade sepasang baju Kak Noor/Kak Mas belanja...n baju yang aisyah bagi kain haritu. cukup lah.

Yang kecik2 dah settle...tinggal 2 orang yang besar xsettle lagi. insyaallah esok g settle kan diorg berdua...

Alhamdulillah, syukur...prof sangat berterima kasih pada semua yang sudi berkongsi rezeki dengan prof dan adik2 dan memeriahkan lagi ramadhan/syawal 2012 ni.


Tuesday, August 14, 2012

Pati halia???

Assalamualaikum, blogger dan reader

Harini sepatutnya berbuka dengan family macam biasa, tapi memandangkan adik2 ade jemputan berbuka puasa dengan cikgu2 dan kawan2 sekolah tadi...so prof pun plan nak berbuka dengan bonda. Tapi masa xmengizinkan kami untuk berbuka bersama, prof berbuke sorang diri harini.

Ingatkan nak join adik2 berbuka puasa kat sekolah...sebab cikgu2 pun ajak sekali, tapi mula2 dah janji ngan bonda xsedap plak kalau nak cancel plan berbuka ngan die. Tapi last2 xjadi...berbuka ngan bonda xjadi, kat sekolah pun xjadi. hmm...kesorangan jela harini. totally bored!

Janji dengan diorg nak amik lepas waktu tarawikh, lepas berbuka dengan 2 biji pisang...4 buku roti...3 biji kurma...dan horlick suam, rehat2...maghrib, online sambil cari bahan untuk kelas english esok. Dalam jam 930 cepat2 g sekolah diorg kot2 diorg tunggu...

Sampai kat sekolah, cikgu2 dah siap bungkuskan nasi arab dgn bubur lambuk kelantan (xsempat rase sebab dah kene balun dengan 3 orang giants dalam rumah ni...ahahahahaha).

Petang dalam jam 6 lepas hantar diorg ke sekolah tuk program berbuka puasa dan tarawikh dengan cikgu2 dan kawan2...prof keluar g cari barang kat kedai2 kawasan rumah ni je. 

Konon nak g cari losyen mustajab pati halia...nak hilangkan selulit dan lemak. KONONnya lah kan!! last2...losyen kemana, prof kemana. susah plak nak jumpe benda ni kat kedai2 runcit berdekatan rumah ni. Tapi bonda kata ade kat kedai runcit yang prof g cari td. Ish! nape xde tadi???


Puas dah mencari benda ni kat sini...xde! =( kebetulan ada pasar malam isnin kat sini, memang setiap isnin prof akan lepak situ cari sayur n ikan. Yang iye nye pasar tu dekat ngan rumah...ade satu lagi pasar malam jumaat, jauh sikit dari rumah. Malas nak habiskan masa atas jalan nak menapak g sane...so, xpelah seminggu sekali je g pasar malam isnin. 

Sebelum g pasar malam, prof singgah pasar acheh dulu cari buah pisang...almaklum, buah kat rumah ni dah kehabisan stok. Dari arwah abah ade lagi, stok buah kat rumah ni xpernah putus...tapi skang prof xde kete, so susah nak gerak g tempat yang selalu mak abah beli buah kat taman semarak. situ murah2...besar2...melazatkan! ish!

Selalunya prof akan cari buah-buahan kat Tesco ngan bonda...tapi skang bonda pun dah xlarat nak drive bawak prof g Tesco cari stok makanan...tu yang kekurangan vitamin. eceh! 

Dan kebetulan jugak, ade duit sumbangan yang orang bagi, prof amik kesempatan g beli buah pisang...entah kenape tibe2 teringin pisang plak. Dah sampai kat pasar, nampak pisang n betik! pe lagi??? balun lah betik ngan pisang...alhamdulillah, ade rezeki tuk adik2 nak makan buah =) hmm...tapi tadi lalu kat pasar tu xde orang jual sayur la plak...ingat kalau ade tadi boleh singgah beli. Kat pasar acheh plak sayur xbest. hmm...xpelah!

Lepas balik dari pasar acheh beli buah, prof patah balik g pasar malam...sebab nampak ade orang jual ayam ngan daging. hehehehe

Sebelum2 ni bukan xde orang jual ayam ngan daging tu...tapi xde rezeki nak makan ayam. sebelum ni kan xde peti sejuk...kalau beli ayam, susah plak nak simpan. Selalu beli ikan n sayur terus masak...

Sekali lagi...rezeki adik2 nak makan ayam ngan daging. beli ayam sekor (1 kg = RM 6.50), ngan daging (1 kg = RM 18). Total RM 32. Alhamdulillah...

Mungkin sebab semalam berbuka dengan Kak Shila, Faizal, Syida ade menu ayam...tu yang teringin ayam kot. haha...

Tapi apa2 pun, prof bersyukur untuk rezeki yang allah bagi harini...alhamdulillah. 

Harini isnin...2hari akan datang, prof mengajar plak...last class on wednesday. Insyaallah, lepas rabu tu boleh la bawak adik2 jalan g siapkan ape2 lagi yang xde. Insyaallah...mohon dipermudahkan segala urusan. 

Oh ye! one more...sekarang prof tengah buat master. Supposed lepas master orang akan further ke PhD plak...but prof xrase mampu nak ke tahap tu, so xsesuai plak nak pakai title prof lagi...nanti akan cuba tukar kata ganti nama diri dalam entry2 akan datang ni. hehe...

Besok, jam 8.30am prof dapat jemputan dari pihak Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka untuk menerima sumbangan...besok juga dah janji ngan Arin nak mintak tlg temankan g cari vacuum cleaner. Insyaallah, kalau die free, nnt die roger la..kalau xde, apelah. 

Berkemungkinan besar prof xtdo malam ni sebab dah bape hari terlajak sahur...hari sebelum ni prof ade belikan adik2 koko crunch ngan susu...diorg asek sebut2 koko crunch je sepanjang hari...kesian diorg xbgn sahur sebab prof xbgn. sorry!!!!!

Ok korang...selamat bersahur dan beribadah di hari2 terakhir ramadhan ni ye. Insyaallah!

Salam

With Love, xoxo

Monday, August 13, 2012

Ramadhan bersama Orang Jauh =)

Assalamualaikum, blogger dan pembaca yang best! =) 

Harini prof dapat jemputan berbuka puasa dengan sahabat2 seangkatan yang tengah further master. Jemputan khas dari kak Shila n Faizal...semua aktiviti dibuat kat area rumah je. dari memasak, sampailah berbuka...

Supposed prof yang jemput diorg datang rumah, tapi terbalik plak...diorg yang ajak nak berbuka puasa ngan kami. Syukur, alhamdulillah... *uhuuu...happy! happy!*

Kak Shila dari Pulau Indah, Faizal dari Ampang deal nak berbuka puasa dengan adik2 semua...dan alhamdulillah, niat mereka termakbul...

Juadah berbuka harini yang dimasak special oleh Kak Shila dan Faizal ialah Sambal Udang, Ayam Masak Kicap, Ikan Goreng, Sayur, Air Oren.

Tak lupa jugak, prof jemput Syida datang berbuka sekali...kebetulan parents dia hantar Syila (Adik Syida) balik asrama, hantarkan Syida sekali...

Bertemankan Syida, Kak Syila, Faizal...meriah plak rasa berbuka tadi. 

Corat coret kisah aktiviti kitorg harini, Kak Shila ketua chef ber"tungtang2" kat dapur, maafkan part terpercik minyak gorang ayam tadi ye kak...Faizal plak men tumbuk2 sambal belacan, potong bawang, siang sayur...haaa, jangan memain tau, pandai buat kerja2 dapur ni.

Terima kasih Syida, Kak Syila, Faizal sebab sudi luangkan free time korang semua dengan kitorg. Maaf la kalau xselesa kat sini...tapi frankly speak yang aktiviti petang tadi sangat2 best. Alhamdulillah...terima kasih banyak2.

Lepas maghrib, Kak Syila n Faizal pun berangkat pulang ke destinasi masing2...adik2 plak ikut angah keluar g men bunga api kat taman. Tinggallah prof dengan Syida kat rumah...menonton Takbir Suci 2 (Astro Prima) together2 sampailah lepas tarawikh.

Thank you for today... I am HAPPIER!

Salam ramadhan dari Farah, Fadzli, Faizal, Firaz, Ila, Faiq, dan Biha


 

With Love, xoxo

Ramadhan bersama Cousins Terhebat

Assalamualaikum, darlings!

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga pada Allah sebab izinkan prof untuk berkongsi rezeki dengan saudara mara yang hebat2...

First of all, thank you to Kak Nini as our transporter...Kak Mas, Abang Zek, dan Kak Nor untuk semalam. Insyaallah, Allah ada dengan anda2 semua...moga dipermudahkan setiap pintu rezeki kalian.

Semalam prof bawak adik2 cari barang raya kat PD dengan mereka2 yang tertera diatas...balik dari cari barang, kitorng terus balik kampung kat Jimah Lama Negeri Sembilan dan berbuka sesame kat sane. Meriah sangat, ade anak2 buah yang ceria...sebaya adik2 prof, xmenang tangan layan diorg. Main pukul2 bantal dalam bilik...agagagagaga, sebab prof diorg kene marah dengan Makcik diorg (Kak Nini). heheh. Sorry sayang!

Tapi memang best, tidur semalaman kat kampung...berbuka+berjemaah+bertarawikh+bersahur bersama2. Alhamdulillah...malam ramadhan terindah.

Juadah berbuka semalam ialah Nasi Goreng SEDAP Kak Nini, Badak Berendam, Buah-buahan, Kuih-muih, Ayam Goreng, Air Sarsi Kak Mas.

Untuk sahur...ade Sayur Kubis Masak Lemak, dan Sardin. Yummy2!!! =) dan sesudah subuh, kami pun gerak balik ke Nilai...yang lain tinggal kat kampung lagi, kami gerak awak sebab ade urusan lain lagi.

Esoknya, prof dijadualkan untuk berbuka puasa dengan kawan2 master...insyaallah, mohon dipermudahkan segala urusan.

Thank you for the day...moga Allah sentiasa permudahkan pintu rezeki kalian2 yang saya sayang. Muah!

With Love, xoxo

Ramadhan bersama MamaLia

Assalamualaikum, darlings!

Alhamdulillah, dah bape minggu ramadhan berlalu...hingga kini tinggal detik2 akhir ramadhan. 

Pada mulanya, memang xde mood nak sambut ramadhan tetapi sokongan dari sahabat2 dan masyarakat sekeliling yang xhenti2 bagi sokongan dah rotate life kitorang 360 degree. 

Almaklum, ni kan first year sambut ramadhan without mak n abah...but, walau ape pun we are not alone, macam yang prof cite kat entries sebelum ni kitorang ade ramai unties n uncles yang take part sebagai mak n ayah angkat. I love them all...thank you, moga Allah merahmati kalian semua yang terlalu banyak memberi sokongan.

Ape yang nak disembangkan dalam entry kali ni? ohoooo...pasal jemputan berbuka puasa dengan BONDA merangkap sahabat main teng-teng zaman kanak2 dulu, Adlin Noor Maz 'Awin. 

Alhamdulillah, die skang tengah tunggu masa nak bersalin baby kedua...sempat jugak cari masa nak berbuka bersama dengan adik2 prof. Harap2 die boleh bertahan sikit lagi nak lepaskan Hari Raya...hope kitorang dapat beraya bersama sebelum die bersalin. Insyaallah.

Menu yang dimasak khas oleh Adlin dan Syed ialah Tomyam Ayam, Sup Cendawan, Air Laici Lemon, Telur Dadar...SEDAP! Serious, bile chef masuk dapur camtulah jadinya...prof senak perut makan banyak sangat =p

Buat engkau yang aku tujukan entri ni...
Aku xmampu nak buat entry best2 macam yang ko pernah buat khas untuk aku, ni yang termampu aku...ko jangan nagis baca ni sebab aku tau ko tu sikit2 nak nangis kalau bace blog aku. kali ni jangan nangis tau!!!! Nanti kurang duit raya... *Eceh*. Thank you sebab sudi masakkan untuk aku n adik2 aku...semoga Allah akan permudahkan rezeki ko sekeluarga, kita kene jalankan plan hujung tahun ni. Insyaallah!!! Jangan pernah putus berdoa. JANGAN PERNAH!


P/S: MamaLia = Mama Auwlya
With Love, xoxo

Thursday, August 9, 2012

Jangan pernah menyesal!

Assalamualaikum sahabat semua

Dah masuk 10 malam terakhir ramadhan...ape persiapan u guys semua? Jangan sibuk2 shopping sampai terlepas malam Lailatul Qadar...mohon pada Allah supaya kite semua sempat beribadat pada malam yang dinanti2 semua umat Islam. Insyaallah!

Besok seawal jam 7 pagi prof dan bestie dah kene gerak ke Shah Alam untuk uruskan beberapa urusan penting kat sane. Kemudian, balik mengajar kejap...pastu baru bawak adik2 g cari barang2 diorg. Sabtu nak hang out ngan Kak Nini n Kak Mas...insyaallah

Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat...ada bahagian untuk adik2 nak beli barang2 diorg raya ni. Semalam, prof ada medical check up ngan doktor...nak balik, doktor bagi sumbangan sikit. Syukur alhamdulillah...cukup nak buat persiapan raya. 

Rezeki ada kat mana2...doa for it, insyaallah Allah is there. Jangan pernah lupakan Allah walau sesaat...keep on berzikir dalam hati...bila susah, Allah akan tolong.

One more thing, kepada kawan2...mesti ada yang pernah cakap macamni, "Alaa...buat baik pun ape dapat?" pernah x? 

Ye, memang xdapat apa2 untuk waktu terdekat korg...tapi jangka masa panjang nanti banyak ganjaran yang Allah bagi pada setiap keikhlasan yang korg buat. 

Alhamdulillah, prof berani cakap...untuk sampai ke tahap macamni, apa yang prof dapat sekarang adalah hasil kebaikan dan niat tulus ikhlas arwah mak abah yang xpernah menyesal berbuat baik pada kawan2 mereka...biarpun dibalas dengan tuba, tapi xjemu berbuat kebaikan pada orang lain. 

Mungkin sepanjang hayat mereka rase susah...tapi, dengan hasil kebaikan yang diorg dah kumpul kat dunia ni Allah balas pada anak2 plak. Alhamdulillah...syukur prof dikurniakan kenalan2 seperti sahabat, uncles, aunties yang supportive, penyayang, dan mengambil berat. 

Even saudara mara pun xboleh bagi macamne yang diorg bagi...Allah xmungkir janji kan? Kalau Allah kata SEKARANG, maka SEKARANG la benda tu terjadi...

Allah ambil abah, mak, abang Salleh, abang Hassan, kak Suhada...tapi Allah tinggalkan orang2 hebat tuk jaga prof dan adik2...

Bukan dari segi duit yang prof nak cerita, tapi dari sudut keberkatan dan keredhaan  Allah S.W.T. Sejak arwah mak dan abah pergi, rase makin dekat sangat dengan Allah...sebab Allah jodohkan prof dengan orang2 hebat yang selalu ingatkan prof untuk sentiasa ingat pada Allah. Sentiasa berzikir, selawat, wirid dalam hati...bila susah, MIRACLE happened! 

Allah S.W.T satu2 nya yang terunggul di alam semesta ni...alhamdulillah, nikmat yang Allah bagi sungguh xternilai. Kesihatan, ketenangan, kelapangan, dan kesenangan. Semua dari Allah!

Sekarang prof belum mampu nak bagi kemewahan kat adik2...tapi prof yakin, percaya yang Allah akan tunjukkan jalan tu. Untuk sampai ketahap tu, kene lalui berbagai rintangan dan dugaan dulu. mane boleh senang2 nak senang kan? Get ready for it...

Biar sesusah mana hidup didunia...janji akhirat sudah pasti. Kumpul lah seberapa banyak amalan didunia ni...untuk jaminan di akhirat nanti. Insyaalah =)


With Love, xoxo

Tuesday, August 7, 2012

Berkat sahur

Assalamualaikum, blogger dan reader yang supportive

Sahur x harini? Jangan lupe tunaikan solat subuh juga...tahan sikit mata tu dari terlelap. tunggu subuh terus, lepas tu baru la tidur =)

Harini dan seperti kebiasaannya prof akan bangun seawal jam 4pg siapkan juadah tuk sahur...simple je, since prof pun memang xreti masak so masak ape yang agak2 boleh jadi makanan jela. Telur, Sayur, Ikan...tu je. haha

Selalunya sayur, telur, nasi menu utama tuk sahur...berbuka pula selalunya prof akan masak berlauk sikit, kalau ade rezeki lebih dapat la adik2 akan sotong/udang/ikan. Kalau x, prof masak kan sayur makan dgn ikan masin atau sambal tumis ikan bilis+kentang. **xde gambar sebab presentation masakan prof x cantik**

Alhamdulillah adik2 yang kecik senang kejut nak bangun sahur...yang besar 2 orang agak liat, tapi lepas dah kene cubit2an memang bangun terus. haha

Adik2 kecik ni, semangat diorg lain macam sikit...mungkin pengaruh dari kawan2 yang positif so diorg pun positif. Hari2 mesti remind prof suruh bangun awal kejutkan diorg sebab nak sahur. xkesah la makan ape, even minum air ngan biskut pun diorg xkesah tapi nak sahur. Alhamdulillah...seronok sangat bile diorg senang dididik. Suruh solat pun senang, mengaji pun bersemangat...alhamdulillah! 

Kelas mengaji diorg dengan ustaz setiap Ahad n Sabtu cuma klas Sabtu kadang2 xde sebab adik2 akan ikut prof g mengajar n balik dah lambat, timing lari plak ngan schedule ustaz. So Ahad memang selalu on klas. setiap lepas kelas, ustaz akan buat hafazan surah2 yang mudah level diorg.

Hari lain, diorg akan mengaji dengan prof. Alhamdulillah, sejak ustaz aja ngaji...bacaan diorg pun semakin membaik. 

Awat tersasul sampai bab ngaji ni?? Kembali pasal sahur tadi, alhamdulillah adik2 xbanyak komplen masakan yang xberape tu...janji diorg bangun dan ambil berkat sahur tu pun dah ok pada diorg. 

Kadang2 diorg ade request lauk yang prof xreti buat, kesian nye diorg....teringin nak makan macam arwah mak masak. Nantilah ade kelapangan, boleh masak tuk diorg...lepas raya ni insyaallah, sebabkan puasa ni nak masakkan lauk best2 tuk juadah berbuka ni rase xbest plak sebab xley rase makanan tu...kalau waktu xpuasa xpelah jgak, tuk lauk tengahari tu boleh prepare awal =)

Kalau kitorg berbuka pun xcerewet sangat...palling simple kitorg berbuka kat surau berdekatan, atau pun kalau masak just masak lauk telur dadar, sayur, kadang2 sambal ikan n kadang2 sambal ikan bilis. 

Masa arwah mak ade, selalu nak dekat berbuka tu mak akan buatkan air special macam cendol/cincau/buah...best la. Insyaallah, akan prof buatkan tuk adik2 memandangkan peti sejuk pun dah ade senang la nak rancang aktiviti memasak. 

Haritu pernah masak makaroni bakar tapi sehari lepas tu basi sebab xsimpan dalam peti. sayangnyeee! hmmm...ohh, yes! haritu kitorg buat kuih. alalalalala...sedapnye. Biskut Arab, Biskut Pandan, Chocolate Chip Cookies (resepi abang). Next time nak try Chocolate Chip resepi buku plak...yang kaler coklat, yang abang punye tu kaler tepung. kekuningan je...xjadi coklat!

Dan insyaallah, minggu terakhir puasa (minggu depan kan??) Syida plan nak datang buat kuih raya sesame...horeyy! Syida ni my partner since secondary school, we all masak memasak together. Pernah jadi juara memasak berkumpulan tahun 2004, mase tu masak ayam masak merah, udang masak lemak, kailan ikan masin...Ya Allah sedapnye. tapi waktu tu je prof rase masakan prof sedap, sebab prof tiru resepi yang arwah mak dah siapkan dari rumah. ahahahaha...men kotor kan?

Mase 2005 plak Syida n me selalu buat chocolate cake same2...alahaiii, sedapnye! ishhhhhhhhh...mengidam cheese cake la plak. Ampun tuanku! teringin sangat

Ngantok la...sebenarnye tulis entry ni sementara tunggu adik2 siap g sekolah...ni diorg dah gerak kul 7:10am td, rumah pun dah tersusun...tinggal nak bersihkan karpet je. So, nak rehat jap...Biha nak tengok movie, I nak tdo jap sebab malam td tdo lambat tahan mata nak bangun sahur. Kalau tdo mesti terlajak sampai subuh, sahur mende? hmm

Ok! Bye darlings...muah


With Love, xoxo

Single with kids

Assalamualaikum semua

Diam xdiam dah 17 ramadhan da kan? lagi bape minggu je syawal nak datang...

Kenangan syawal tahun2 sebelum ni:

1) 2008-first n last sembahyang raya dengan arwah abah kat Masjid Nilai
2) 2009-Raya pertama tanpa abah disisi
3) 2010-Raya dengan emak, adik2 n konvoi kawan2
4) 2011-Same macam previously...dengan mak, adik2, kawan2

Untuk pertama kalinya pada tahun 2012 ni menjadi saksi kami beraya tanpa mak dan abah...I am their mother n father now. So, berkemungkinan besar prof akan beraya dengan adik2 je tahun ni. Xley nak join kawan2 g beraya umah kawan2 lain...dulu prof gerak sendiri ngan kawan2, so i guess diorg pun mesti xselesa if adik2 prof nak ikut beraya tahun ni. Jalan mudah, balik kampung lame2...raya rumah saudara mara, balik Nilai nnt baru jalan raya ngan adik2 bawak g rumah kenalan2 yang berdekatan, Insyaallah

Siap2 cari rumah nak berkunjung tuk raya nanti..hehe. Tahun2 sebelum ni, kalau kawan2 datang rumah mesti arwah mak akan masakkan sesuatu untuk diorg...but, no more this year. ouhh...sedihnye. 

Tatau nak hidangkan ape dekat tetamu yang berkunjung tahun ni...nak masak rendang, prof xreti. Setakat buat ketupat, xkan nak makan ketupat kosong je kan? lauknye xde. Ish! Napelah prof xreti masak...

Teringin jgak nak masak rendang...kuah kacang...laksa...tapi tu mase mak ade best la. sebut je, mesti dah tersedia atas meja. Mak memang best! 

Seriously, tahun ni tatau lagi macamne perjalanan kami...adik2 keep saying "bestnye raye kalau de emak". hmm...i wish she were here too, but no...she can't be here with us! we're distance! too far away

Macamne eh agak2 raye tahun ni? XBESTTTTTTTTT!!!!! Saya rindu mak abah. Miss them so badly. Ya Allah

Ape pun prof cuba yang terbaik nak gembirakan adik2...insyaallah korang, akak cuba. 

Macam biasalah, prof xsuke rumah bersepah. memang panas telinga diorg kalau rumah bersepah. EHHHHH! akak balik rumah penat2, tengok rumah bersepah????? KEMASSSSSSSS!!!! CEPAT KEMAS! 

Raya ni ingat nak beli sofa...tapi xmampu la plak. duduk bawah jela macam biasa. Len la, mak abah ade tinggalkan harta 1juta, boleh cantikkan rumah dalam mase seminggu. Hahahaha...berangan! 

Tapi memang prof selalu berangan satu hari nnt rumah kami ni prof akan cantikkan dengan hiasan2 yang indah, perabot yang cantik dan selesa, dapur ade kabinet supaya kemas dan selesa. 

Nah tengok ni, beberapa sample yang dalam imaginasi prof:






TAPI! tu sume imaginasi...prof kene berpijak dibumi yang nyata. Untuk masa sekarang ni memang xmampu nak buat semua tu. So, ape yang prof buat ialah kemas rumah...betulkan susun atur perabot sedia ada macam meja makan n meja jepun letak kat ruang masing2. betulkan kedudukan TV supaya rumah xnampak crowded dengan almari...nampak kosong. 

Prof puas dengan apa yang prof dah buat untuk rumah ni...moga ada rezeki lebih untuk prof tahun depan lepas habis master. Insyaallah, waktu tu mungkin impian bakal jadi kenyataan. Insyaallah, xjanji. 



With Love, xoxo

Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum, sahabat-sahabat semua

Macamne ramadhan tahun ni? semakin membaik? maintain? berkurang?

Harapnya semua makin baik di ramadhan kali ni...

Prof? biasa saje...adik2 prof yang luar biasa. Setakat harini, faiq masih full...Ila Biha errrrrrrr?? Hahaha...terponteng satu hari. Xpe, dah pesan kat diorg kalau tinggal puasa nanti kene ganti. Kite gati sama2...faiq pun sibuk nak pose jgak??? yelah2...puasa sunat la faiq, kitorg puasa ganti. Ahaaa

So far macamne persiapan raya? Mesti shopping sakan kan?

Prof punya baju raya yang utama dah siap jahit, cantik...tp kalau prof pakai tatau la cantik ke x. Al-maklum lah, orang xcantik ni pakai ape pun serba xkene...haha

Itu pun kain yang Aisyah bagi as birthday present tahun 2007...2012 baru jadi baju. Adik2 plak mungkin jumaat ni atau isnin depan nak g cari barang2 diorg.

Haritu (3/8/12) kat Masjid Nilai ada buat program anak yatim dan ibu tunggal...adik2 dapat lah sorang RM100 tuk raya ni. Alhamdulillah...save bajet nak beli barang diorg.

Actually, kat rumah ni serba kekurangan...mesin basuh xde, peti sejuk xde, n perabot2 cantik ni memang asing la kat kediaman kami. Alhamdulillah, dengan duit sumbangan dari orang ramai, prof kumpul sikit2 tambah duit tutor dapatlah beli satu mesin basuh Panasonic 7kg tuk ringan kan kerja rumah...


Alhamdulillah, ramadhan tahun ni berkongsi rezeki 1% dari yang Allah bagi pada kawan2 sekolah prof...dapat sumbangan ikhlas dari kawan2 sebuah peti sejuk plak. Syukran ya allah, alhamdulillah...terima kasih kawan2 yang prihatin. Prof xsangka rezeki melimpah2 selama beberapa bulan genting sejak mak pergi...



Andai ada kawan2 prof yang baca entry ni...

"korang, aku tatau macamne nak ucap terima kasih...terlalu banyak yang korang dah bantu. Hanya doa yang aku mampu beri mohon pada Allah moga setiap dari RM1 yang korang bagi, Allah akan gandakan untuk bahagian korang yang sudi berkongsi dengan aku"

Menurut pengetahuan prof, kawan2 sekolah prof berkumpul n buat kutipan untuk tolong family prof...dan alhamdulillah, prof sangat xsangka dengan bantuan sebesar ni mampu diberi oleh mereka. Syukur alhamdulillah...

Sebelum ni, kalau nak masak baru pergi pasar yang berdekatan rumah...kalau prof kuar mengajar n adik2 tinggal kat rumah, prof xtenteram entah makan ke tidak diorg kat rumah. Dengan rezeki yang Allah bagi ni, harap lepas ni prof makin tenang nak tinggalkan adik2 kat rumah...boleh siapkan stok makanan tuk diorg masak. Insyaallah! 

Allahumma yassir wala tu'assir...mohon dipermudahkan segala urusanku Ya Allah!

Dan harini, alhamdulillah selesai urusan pembayaran zakat fitrah untuk 6 orang tanggungan termasuk prof. Korang macamne? Jangan lupa bayar zakat tau! =)



With Love, xoxo