Mencari ketenangan

Assalamualaikum, 

Apa khabar blogger dan reader semua?

Cuti sekolah ni ape program u all?

Prof melarikan diri ke kampung halaman bersama 4orang adik2 prof kat Sijangkang untuk beberapa hari

Stress dengan keje2 yang menimbun, dah masa nya nak cari ketenangan sambil melawat saudara-mara

Nak bawak adik2 bercuti ke tempat2 pelancongan belum ade rezeki, insyaallah hujung tahun ni mungkin impian tu terlaksana...iye, mudah2an dipermudahkan urusan prof

Kat sini, seronok bile masing2 happy dapat jumpa saudara-mara n main sama2...tapi kalau sorang buat hal, prof sound je macam biasa. Haha...nasib baik masing2 dah  biasa dengan kaklong depa ni.

Setiap petang, diorg akan main basikal kat luar...pusing keliling rumah ramai2. 



Sebelah malam lepas maghrib jemaah, adik2 kecik semua mengaji dengan Wak...kami ni keturunan jawa, tapi prof xreti nak berbahasa jawa. shame on me! ish9. 





Suara anak2 kecik mengaji, masing2 berebut nak mengaji dengan atok...seronok sangat dengar, adik2 ngan cucu Wak masing2 semangat mengaji. Tambahan pula Wak garang, n prof request kat Wak mintak berikan nasihat pasal solat dan ngaji kat adik2...moga terbuka pintu hati diorg nak beribadah. 


Percutian kali ni, memang dalam perancangan prof...nak cari ketenangan rohani, memang prof akan datang sini. Memandangkan skang tengah musim cuti sekolah, sesuai sangat bawak adik2 datang sini cari ilmu =)

Untuk semua, sama2 tingkatkan amal ibadah...jangan tinggalkan Al-Quran dan Allah. Sebab kita perlukan Dia dalam kehidupan sekarang untuk perjalanan hidup akan datang di alam sana...


Insyaallah


With love,