Mari Belajar Mengaji

Assalamualaikum sahabat blogger dan reader

Apa khabar?

Petang2 rabu ni buat ape?

Lepas maghrib jap lagi prof kene balik rumah dah, malam ni ade tuisyen. Cepat sangat masa berlalu...terbaca entry sahabat prof pasal agama buatkan prof pun terkena tempias die sikit

Buat prof dan adik2 tercinta juga...era millennium skang banyak giler cabaran. budak2 dah pandai melawan cakap mak ayah, tu ade mak ayah sekurang2 kalau pergi ceramah agama...sentuh bab DERHAKA nampak jugak kesan kat akhirat nnt..TAPI

Alhamdulillah, adik2 prof walaupun liat bila disuruh tapi kalau dipujuk n cakap elok2 diorg masih boleh berfikir dengan waras...cume macam prof cakap tadi, dunia skang ni PANAS dengan cabaran. Allah turunkan macam2 dugaan...



Baru2 ni prof ada carikan guru mengaji yang boleh datang kerumah...setiap sabtu dan ahad pagi kami adik beradik akan mengaji dan belaja agama untuk 2jam. Insyaallah...masa yang ada prof akan pastikan adik2 dapat didikan agama yang semampu ustaz berikan. 

Bila kita nak cari ilmu, kita kene cari guru...tapi memandangkan prof sendiri xde kenderaan nak bawak adik2 ke tempat mengaji, sebab tu prof perlukan seseorang yang boleh datang ke rumah n aja kami.

So far, setiap malam memang prof aja ngaji sendiri kat rumah setiap kali lepas maghrib...tapi prof pun baru bape kali je khatam quran. Cam xbest plak kalau aja ngan tajwid tunggang langgang.

Lepas ni, prof kene usaha lebih lagi nak cari duit untuk mengaji kan adik2...insyaallah! Moga diorg dapat manfaatkan masa mencari ilmu dengan baik...


With Love, xoxo