21 Hari Perbaiki Aura? Jom Try

Assalamualaikum blogger dan reader

Now kat UiTM, balik sini untuk beberapa urusan penting nak diselesaikan...

Alhamdulillah, sume berjalan seperti yang dirancang...tinggal satu hari je lagi kat sini sebelum gerak balik Nilai coz esok malam ade klas Add Math untuk F4

Semalam, separuh hari lepak kat library cari buku berkaitan dengan research yang prof buat...biopolymer. 


Lepas maghrib terus gerak balik rumah, rehat! penat seharian xrehat...sampai rumah, on9 kejap pastu terus gerak g library ngan Syida. 

Dapat lah buat kerja sikit...actually, prof tersangat rindukan zaman study. Wat assignment, study group, cari buku untuk assignment. Serious rindu! hmm...

Bile ade masa yang terlalu singkat, prof gunakan sebaik mungkin. Tujuan ke S.Alam nak jumpe n discuss dengan supervisor pasal thesis writing untuk chapter 1-3 sebelum masuk lab lepas raya nanti. Insyaallah! 

Lepas tu, ade lunch and date ngan Nad Razak, Airin, and Aunty Mimi rabu (esok). Lepas tu, free time singgah library cari bahan kajian. 

Yelah, balik rumah nanti boleh la start buat writing sikit2...nak tunggu September lambat sangat!

So, skang status prof...part time study n tutor. Isnin-Rabu study, Rabu-Ahad tutor...but hopefully jadual tutor dapat tukar ke weekend, so prof boleh ade mase panjang nak study, siapkan lab, n thesis.

So far skang jadi tutor ajar kanak2 year 3 to 6, and form 3 to 5. Tuk subjek BM, BI, SC, Math, Add Math. I love kids and teaching. Seronok bile mengajar orang...kalau diorg faham, lagi seronok!

Sekadar isi masa lapang n cari sesuap nasi untuk adik2...Doakan prof kuat nak jadi mak pada adik2 prof. Insyaallah, prof tolong orang, orang akan tolong prof. Doakan juga, setiap pekerjaan prof buat akan berjaya...Insyaallah!

Dalam perancangan nak jadi KAYA hujung tahun ni...ade rezeki up jadi JUTAWAN. Who knows kan? 


Semalam prof dengan GF dah start berpantang untuk 21 Hari Perbaiki Aura...korang nak cuba??? Caranya senang je:

1. Bangun pagi baca Al-Fatihah untuk diri sendiri
2. Tahan marah. Tahan direndah-rendahkan
3. Berhenti membaca artikel sedih/artikel berbentuk provokasi
4. Usaha tidak membalas dengan kemarahan
5. Agak-agak KALAH dalam perjuangan, "ISTIGHFAR"
6. Berdoa untuk lebih KAYA

P/S: Bukan orang bertudung je boleh pulih aura. Yang masih mencuba pun boleh. Bila roh dah suci dan bersih, doa ape pun cepat sangkut


With Love, xoxo