Thursday, June 28, 2012

Sayang adik

Assalamualaikum, sahabat sekalian

Korang ade adik? Ape korang rase bile korang di suruh oleh mak tuk jaga adik kecik...korang kene masak, kene kemas rumah, kene handle adik2 dari hal sekolah sampai rumah. Hmm...

Jangan mengeluh! 

Pernah kawan prof pesan kat prof macamni >> "Penat camne pun ko, jgn rase letih jage adik2. Penat sekejap x pe la. Mungkin ko rase penat nak larang tu, penat nak jenguk keluar bile diorg main. Tapi kene usaha kan jugak, Biar penat tapi berbaloi. Jangan ko nak senang ko hilang diorg. nauzubillah"

YES! Diorg memang xkesah dengan keadaan kitorg skang...Prof xpandai memasak, xde kereta nak bawak diorg jalan2, xmampu nak bawak diorg makan best2. 

Nak kemana2 prof akan usahakan naik public andai kata terdesak sangat2 baru mintak tlg kawan2...adik2 kecik prof manja. Kemana prof pergi, xkire urusan rasmi atau x mesti diorg nak ikut.Satu masa dahulu :

Biha: Kak Ique, nak g mana?
Prof: Akak nak g bank kejap, masukkan duit adik ye
Biha: Kite nak ikut!
Prof: Tak boleh la adik...jauh, akak naik bas. Kalau adik ikut nanti penat macamne?
Biha: Xpe, kite suke naik bas...dah lame xnaik bas. Boleh la!! ye?
Prof: Nanti...kalau adik bising2 cakap penat, siap adik. akak tak nak kawan tau!
Biha: Ok

Dan memang sepanjang perjalanan dari rumah nak ke bank die xde ngomel ape2 pun. Bile tanye penat x, die cakap x. 

Prof dah biasa berjalan jauh, tapi xsanggup tengok aadik2 kene jalan jauh...macam skang ni, prof kene mengajar kat Kota Warisan. Ade masa Aunty Iffah akan fetch us kat rumah...cuma kadang2 prof kene gerak sendiri. Macam harini, adik2 yg kecik ikut prof g mengajar.. Dari rumah naik bas g KLIA, sampai KLIA naik ERL ke Kota Warisan (Hentian Bandar Baru Salak Tinggi). Lepas tu, kami berjalan dari stesen ERL BBST ke tempat mengaja...diorg xbising pun, sepatah pun xcakap PENAT!

Memang kalau ikutkan, agak jauh dari tempat mengaja tu...kalau prof sorang memang boleg survive, tapi bukan dengan diorg. Tapi sebabkan nak ikut sangat, prof bawak.

Malam ni, kitorg tdo kat tutor center ni sebab xde transport nak balik. Nak naik ERL ke KLIA kang xde bas plak nak gerak dari KLIA ke rumah. So, stay je...hmmm, diorg XKESAH kene tdo sini...siap pesan kat prof suruh kejut diorg awal sebab nak g sekolah. 

Ya Allah! Prof nak nangis bila diorg cakap "Nak pergi sekolah" serious! Tulis entry ni pun sambil menangis sebab kenangkan diorg.  Sangat tulus!

Memang prof xbagi diorg ponteng, biar lambat tapi jangan ponteng! Sebab prof xpernah dididik oleh arwah mak abah sikit2 ponteng. NO!

Beralaskan toto dan sejadah jadikan bantal...diorg sanggup teman prof tdo kat sini, xkesah xde tilam. Alangkah terharu sangat hati prof...

Soal makan plak, diorg xkesah nak makan ape...janji perut diorg terisi.  Pernah prof bgtau diorg yang prof xpandai masak, simple2 je reti. Diorg cakap "Xpe, xkesah janji dapat makan". Bila dah makan, diorg xkomplen pape. Prof tau bile makan kurang rase, xde rase, masin, xsedap. Tapi diorg tetap cakap sedap...membuatkan prof rase seronok nak memasak! Ramai pembantu skang tau

Yang paling menyentuh hati...bile prof cakap kat diorg, 

Prof: Kesian adik2 akak ni, orang lain naik kereta dengan mak ayah tapi awak semua kene jalan kaki dengan akak
Adik2: *Tersenyum* Xpelah kak ique, nanti bile dah keje kan kak ique boleh beli kereta.
Prof: Nanti solat, doakan akak kaya...ade rezeki boleh akak belikan kereta. Akak boleh bawak korang jalan2

*Ila terus masuk bilik air, amik wudhuk, solat, waktu doa tu die lame sangat...*

Ila: Kak ique, ila dah doa tuk kak ique supaya cepat kaya =)
Prof: Ya allah, time kasih ila! *dalam hati nak menangis sungguh2*

Dan satu lagi miracle dari Allah, dia akan bagi jalan petunjuk setiap kali prof menangis...prof solat...nangis puas2 lepas solat tu. Prof takot, xde tempat berlindung lagi...Allah je tempat prof berlindung, bergantung harap, mintak ape2 je sume pada Allah.

Dulu masa prof kecik, prof liat sgt nak kemas rumah...tapi mak abah pandai tackle prof suh kemas rumah n sampai satu mase bile dah mule berjauhan dengan mak abah n adik2, prof rase sedih sangat2. Fez time berjauhan dengan mak abah. 

Sampai skang, kalau dulunya prof makan basuh pinggan sendiri...skang prof makan basuh semua pinggan dalam sinki. Pastikan dapur tersusun rapi, lantai kering, makanan cukup, sinki kosong dan bersih.

Prof garang! prof akan pastikan lepas makan sinki bersih, ruang tamu kemas sebelum masuk tdo, buku2 xbersepah kat lantai sebab tu ILMU! kene hormat ilmu. Prof ajar adik2 supaya pandai kemas rumah...basuh pinggan lepas makan...kemas lepas main...tapi, name pun budak2. Dulu pun prof  macam diorg, so silap prof kalau terus melenting bile diorg terlupe tugas diorg...unfair kalau prof hukum diorg sedangkan mak abah dulu xpernah hukum atau marah prof kalau lambat buat kerja rumah...

Alhamdulillah...semakin hari semakin baik, kawan2 ingat ye...untuk berubah xkan mampu ambil masa yang singkat. Makan masa...insyaallah, niat yang baik mesti dapat nampak hasilnya =)

Pagi tadi amik report kad Ila, Faiq, Biha.. Alhamdulillah, ade peningkatan dalam pelajaran kali ni. Insyaallah lebih baik lagi masa akan datang. Sejak prof aja tuisyen ni, diorg follow...nampak semangat belajar tu. Prof je cikgu diorg...xmampu nak hantar diorg ke tuisyen mahal2. Alhamdulillah, owner center pun baik hati izinkan adik2 prof join klas. Syukur ya allah!

Prof sayangkan adik2 prof...bile ade benda pelik happened kat diorg, prof sedih sebab banyak pengaruh negatif untuk umur yang semakin meningkat ni. Prof akan buat yang terbaik as mak n abah diorg...

Kami anak yatim piatu, tapi prof rase bertuah n bersyukur sebab Allah dekatkan orang sekeliling untuk bantu prof hadapi dugaan sebesar ni...Alhamdulillah! terima kasih pada semua yang beraksi disebalik senyum tawa dan tangisan prof selama pemergian mak abah...hanya Allah mampu balas!

Prof cuba berikan yang terbaik untuk adik2 prof...prof akan pastikan diorg selesa bila dengan prof, walau susah tapi seronok timba pengalaman hidup! Apa yang diorg xpernah dapat mase mak abah ade, akan prof bagi mase mak abah dah xde...dan alhamdulillah, masih mampu berikan ape yang diorg mahu. Keajaiban dari Allah! rezeki adik2 meluas sejak mak abah pergi..alhamdulillah!

Hati prof kuat mengatakan adik2 prof akan berjaya jadi manusia kental dan berjaya...sebab pernah hidup susah, biar merasa SEKALI dalam hidup ni kite rase susah sebab Allah xkan berikan kesusahan untuk masa AKAN DATANG! Cukup SEKALI...

Ape yang diorg perlu tahu, diorg dilahirkan dalam keluarga yang hebat...mak abah prof antara idola prof yang terhebat! Prof akan remind adik2 betapa hebatnya Allah kurniakan abah dan mak sehebat Abdul Samad Sumadi dan Ba'ayah Sulaiman.

"Jaga diri, Allah akan jaga kita" , ayat ni prof simpan sampai bila2...dari Aunty Siti. Thank you semua!


With Love, xoxo

Tuesday, June 19, 2012

Buah Naga

Assalamualaikum kawan-kawan

Tadi jalan2 dengan kekasih hati prof, lepak2 tepi tasik...lepas tu g cari barang, hal perempuan la yang pasti. Then, lepas dah dapat barang yang dicari kat Plaza Alam Sentral (PAS)...turun dari escalator tu ade gerai buah. Ternampak akak tu potong buah naga, Ya Allah...terliur sangat tengok buah tu, merah amat!!!!!


Sedap! Prof beli buah naga potong dengan betik untuk kawan prof...sedap, serious sedap! Dah habis...nak pusing balik beli lagi buah naga dah malas...so, terkilan dapat makan sebungkus je =(

Selalu kalalu kat rumah, yang suke layan prof makan buah naga ni adik2 prof ngan arwah mak abah dulu. Dulu arwah abah yang aja makan buah naga ni, lepas abah xde, arwah mak plak setiap kali beli buah xketinggalan beli buah naga ni untuk kitorg.

Meh kite review sikit khasiat buah naga ni...macam best je!


Menurut umber, buah naga ni mengandungi vitamin C, beta carotene, kalsium, dan karbohidrat. Serta tinggi serat dan dapat melancarkan proses pencernaan. Selain tu, dapat menurunkan kandungan gula dalam darah bagi penghidap penyakit diabetes, serta menghaluskan kulit???? Memang kene makan buah naga pada sesape yang nak kulit cantik! ececece...


With Love, xoxo
 


21 Hari Perbaiki Aura? Jom Try

Assalamualaikum blogger dan reader

Now kat UiTM, balik sini untuk beberapa urusan penting nak diselesaikan...

Alhamdulillah, sume berjalan seperti yang dirancang...tinggal satu hari je lagi kat sini sebelum gerak balik Nilai coz esok malam ade klas Add Math untuk F4

Semalam, separuh hari lepak kat library cari buku berkaitan dengan research yang prof buat...biopolymer. 


Lepas maghrib terus gerak balik rumah, rehat! penat seharian xrehat...sampai rumah, on9 kejap pastu terus gerak g library ngan Syida. 

Dapat lah buat kerja sikit...actually, prof tersangat rindukan zaman study. Wat assignment, study group, cari buku untuk assignment. Serious rindu! hmm...

Bile ade masa yang terlalu singkat, prof gunakan sebaik mungkin. Tujuan ke S.Alam nak jumpe n discuss dengan supervisor pasal thesis writing untuk chapter 1-3 sebelum masuk lab lepas raya nanti. Insyaallah! 

Lepas tu, ade lunch and date ngan Nad Razak, Airin, and Aunty Mimi rabu (esok). Lepas tu, free time singgah library cari bahan kajian. 

Yelah, balik rumah nanti boleh la start buat writing sikit2...nak tunggu September lambat sangat!

So, skang status prof...part time study n tutor. Isnin-Rabu study, Rabu-Ahad tutor...but hopefully jadual tutor dapat tukar ke weekend, so prof boleh ade mase panjang nak study, siapkan lab, n thesis.

So far skang jadi tutor ajar kanak2 year 3 to 6, and form 3 to 5. Tuk subjek BM, BI, SC, Math, Add Math. I love kids and teaching. Seronok bile mengajar orang...kalau diorg faham, lagi seronok!

Sekadar isi masa lapang n cari sesuap nasi untuk adik2...Doakan prof kuat nak jadi mak pada adik2 prof. Insyaallah, prof tolong orang, orang akan tolong prof. Doakan juga, setiap pekerjaan prof buat akan berjaya...Insyaallah!

Dalam perancangan nak jadi KAYA hujung tahun ni...ade rezeki up jadi JUTAWAN. Who knows kan? 


Semalam prof dengan GF dah start berpantang untuk 21 Hari Perbaiki Aura...korang nak cuba??? Caranya senang je:

1. Bangun pagi baca Al-Fatihah untuk diri sendiri
2. Tahan marah. Tahan direndah-rendahkan
3. Berhenti membaca artikel sedih/artikel berbentuk provokasi
4. Usaha tidak membalas dengan kemarahan
5. Agak-agak KALAH dalam perjuangan, "ISTIGHFAR"
6. Berdoa untuk lebih KAYA

P/S: Bukan orang bertudung je boleh pulih aura. Yang masih mencuba pun boleh. Bila roh dah suci dan bersih, doa ape pun cepat sangkut


With Love, xoxo

Wednesday, June 6, 2012

Mari Belajar Mengaji

Assalamualaikum sahabat blogger dan reader

Apa khabar?

Petang2 rabu ni buat ape?

Lepas maghrib jap lagi prof kene balik rumah dah, malam ni ade tuisyen. Cepat sangat masa berlalu...terbaca entry sahabat prof pasal agama buatkan prof pun terkena tempias die sikit

Buat prof dan adik2 tercinta juga...era millennium skang banyak giler cabaran. budak2 dah pandai melawan cakap mak ayah, tu ade mak ayah sekurang2 kalau pergi ceramah agama...sentuh bab DERHAKA nampak jugak kesan kat akhirat nnt..TAPI

Alhamdulillah, adik2 prof walaupun liat bila disuruh tapi kalau dipujuk n cakap elok2 diorg masih boleh berfikir dengan waras...cume macam prof cakap tadi, dunia skang ni PANAS dengan cabaran. Allah turunkan macam2 dugaan...



Baru2 ni prof ada carikan guru mengaji yang boleh datang kerumah...setiap sabtu dan ahad pagi kami adik beradik akan mengaji dan belaja agama untuk 2jam. Insyaallah...masa yang ada prof akan pastikan adik2 dapat didikan agama yang semampu ustaz berikan. 

Bila kita nak cari ilmu, kita kene cari guru...tapi memandangkan prof sendiri xde kenderaan nak bawak adik2 ke tempat mengaji, sebab tu prof perlukan seseorang yang boleh datang ke rumah n aja kami.

So far, setiap malam memang prof aja ngaji sendiri kat rumah setiap kali lepas maghrib...tapi prof pun baru bape kali je khatam quran. Cam xbest plak kalau aja ngan tajwid tunggang langgang.

Lepas ni, prof kene usaha lebih lagi nak cari duit untuk mengaji kan adik2...insyaallah! Moga diorg dapat manfaatkan masa mencari ilmu dengan baik...


With Love, xoxo

Tuesday, June 5, 2012

Tutor Peribadi

Assalamualaikum semua yang dikasihi...

Ada siapa2 kat sini dari kawasan perumahan prof kat Desa Cempaka, Nilai?? Masih pelajar sekolah??

Kalau ada...nah tengok kat bawah ni, kalau xda boleh la tolong prof sebarkan maklumat ni...tapi limited untuk area Nilai je.

Nak cari duit dengan sebarkan ilmu...mudah2an dapat barakah dari Allah. tujuan utama prof...

**************************************

Menawarkan perkhidmatan tutor peribadi untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk subjek:

1. sains
2. matematik
3. matematik tambahan

*tambahan subjek boleh dirunding*

(Perkhidmatan hanya setiap ahad hingga rabu)

Tutor di rumah saya sekiranya lokasi anda di luar kawasan Desa Cempaka, Nilai...manakala, tutor di rumah anda bagi yang tinggal berdekatan S.K Desa Cempaka dan S.M.K Desa Cempaka, Nilai.

**RM 5/jam perseorangan...RM 15/jam berkumpulan (maximum 3 pelajar)

Insyaallah!

Emel kepada fnas_ique23@yahoo.co.nz untuk pertanyaan ataupun pendaftaran

Terima kasih!



With Love, xoxo

Sunday, June 3, 2012

Jom Kire BMI

Nak kira BMI secara online?

Mula2 set ketinggian dulu >>> tengok sini

Kemudian weight plak >>> convert kat sini

Ok...skang kira BMI plak

Senang kan? 

Result prof >>> 

2 bulan lepas pembedahan:
height = 155cm (~5feet 1in), weight = 45.5kg (100.3lb), BMI = 18.9 (normal) 


10 hari lepas pembedahan:
height = 155cm (~5feet 1in), weight = 43.3kg (~95.46lb), BMI = 18.0 (underweight)


Ayoma! patutla rasa tak balance...tak kuat nak menampung badan rupanya, asek2 nak pitam.

Selamat Mencuba!




With Love,

Practice makes perfect



It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven  its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: 

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat 



1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water.

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes.


3. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 


4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours.


5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day. 

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life. 


***************************************

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases: 
 

1.     High Blood Pressure (30 days) 
 

2.     Gastric (10 days) 
 

3.     Diabetes (30 days) 
 

4.     Constipation (10 days) 
 

5.     Cancer (180 days) 
 

6.     TB (90 days) 
 

7.     Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd  week onwards – daily. 
 

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. 

**************************************

Why do Chinese and Japanese drink hot tea with their meals? 



This is because, 
the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer.. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. 

This makes sense!

*Internal sources-Science Article*

  

With Love,

Healthy juice...yummy!

Here are some healthy tip for your smartness & physical fitness .   


Prevention is better than cure. 







Carrot + Ginger + Apple  - Boost and cleanse our system. 



Apple + Cucumber + Celery -   Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.   






Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.   




Bitter gourd + Apple + Milk -   Avoid bad breath and reduce internal body heat.   




Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.   




Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.   




Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.   




Pear & Banana -   regulates sugar content.   




Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .   




Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.   




Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.   




Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation   


*Internal Sources-Science Article*

With Love,

Mencari ketenangan

Assalamualaikum, 

Apa khabar blogger dan reader semua?

Cuti sekolah ni ape program u all?

Prof melarikan diri ke kampung halaman bersama 4orang adik2 prof kat Sijangkang untuk beberapa hari

Stress dengan keje2 yang menimbun, dah masa nya nak cari ketenangan sambil melawat saudara-mara

Nak bawak adik2 bercuti ke tempat2 pelancongan belum ade rezeki, insyaallah hujung tahun ni mungkin impian tu terlaksana...iye, mudah2an dipermudahkan urusan prof

Kat sini, seronok bile masing2 happy dapat jumpa saudara-mara n main sama2...tapi kalau sorang buat hal, prof sound je macam biasa. Haha...nasib baik masing2 dah  biasa dengan kaklong depa ni.

Setiap petang, diorg akan main basikal kat luar...pusing keliling rumah ramai2. 



Sebelah malam lepas maghrib jemaah, adik2 kecik semua mengaji dengan Wak...kami ni keturunan jawa, tapi prof xreti nak berbahasa jawa. shame on me! ish9. 





Suara anak2 kecik mengaji, masing2 berebut nak mengaji dengan atok...seronok sangat dengar, adik2 ngan cucu Wak masing2 semangat mengaji. Tambahan pula Wak garang, n prof request kat Wak mintak berikan nasihat pasal solat dan ngaji kat adik2...moga terbuka pintu hati diorg nak beribadah. 


Percutian kali ni, memang dalam perancangan prof...nak cari ketenangan rohani, memang prof akan datang sini. Memandangkan skang tengah musim cuti sekolah, sesuai sangat bawak adik2 datang sini cari ilmu =)

Untuk semua, sama2 tingkatkan amal ibadah...jangan tinggalkan Al-Quran dan Allah. Sebab kita perlukan Dia dalam kehidupan sekarang untuk perjalanan hidup akan datang di alam sana...


Insyaallah


With love,