Tuesday, March 20, 2012

Hidayah dari Allah

Assalamualaikum, sahabat sekalian yang tersayang

Prof nak share sikit pasal diri prof...ape yang special sangat kat prof ni?? ahaaa!! teka2 =p

Takde ape yang best, xde ape yang special...cume prof ni unique!!! seriously, hahaha...perasan sorang2 je prof ni. Xde unique mane la...bukan cantek macam Izara Aisyah pun, prof comel macam Farahatul Naqueah je =p. 

Kesah nye berbunyi begini, sewaktu kecil...ada seorang bayi lelaki comel dilahirkan kedunia bernama Mohamad Salleh, setahun kemudian adik kepada Mohamad Salleh pula dilahirkan dan diberi nama Mohamad Hassan, setahun selepas tu lahir pula seorang bayi perempuan yang sangat comel diberi nama Siti Suhada. 

Kelahiran mereka disambut dengan penuh kasih sayang dan terukir senyuman bahagia oleh pasangan suami isteri Abdul Samad dan Ba'ayah. Tetapi, Allah lebih menyayangi bayi2 comel itu...maka telah dipulangkan kepada-Nya beberapa jam selepas mereka lahir.

Tahun keempat, si ibu mengandung lagi...tetapi, kali ini kandungannya sonsang dan harapan untuk melahirkan bayi tu sangat tipis. Si ibu berusaha untuk menyelamatkan kandungan beliau...kesane kemari mencari jalan agar dapat menyelamatkan kandungan itu. Sehinggalah tiba hari kelahiran, tidak disangka2...lahirnya seorang puteri cilik pada 23 September 1988 dan nama diberi Farahatul Naqueah oleh seorang sahabat baik si ibu. Ya Allah, si ibu menangis tanda bersyukur atas kelahiran puteri sulung beliau itu selepas 3 kali berturut2 kehilangan putera2 dan puteri beliau. 

Alhamdulillah, puteri itu masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini...walaupun puteri itu bukan cucu sulung dalam keluarga besar, tetapi beliau sangat disayangi oleh wan dan atok hinggakan diberi gelaran manja IQUE. 

Dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana sebagai anak peniaga kantin, setahun lepas kelahiran puteri...pasangan itu dikurniakan pula seorang putera yang diberi nama Mohamad Fadzli. Alhamdulillah, selepas kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh pasangan itu di awal kelahiran...akhirnya, Allah kurniakan zuriat yang lain sebagai pengganti dan pengubat kesedihan mereka.

Kehidupan mereka berempat tetap diteruskan, walaupun susah mahupun senang. Aku akui hidup sebagai peniaga ni adakalanya senang adakalanya susah. Tapi, kesusahan juga yang mengajar kita untuk lebih menghargai waktu senang...

Pasangan suami isteri tersebut sentiasa berpesan pada anak2 mereka jangan terlalu mengejar harta benda, biar susah didunia kelak diakhirat kesenangan akan menanti. Diberi didikan yang sempurna, nasihat yang baik, ajaran yang baik, dan sentiasa positif. Itulah mak dan abah prof...

Sesusah mane pun kehidupan kami sekeluarga, mak abah cool je. Same2 berusaha selesaikan masalah yang datang. Dah namanya dugaan Allah, hanya insan2 terpilih sahaja yang berhak dapat dugaan yang sedemikian rupa tau...lain orang lain dugaannya, bergantung pada tahap kekuatan masing2. Allah sayangkan semua hambaNya...sebab tu disetiap pengakhiran dugaan dan kesusahan, pasti diselitkan kesenangan atau kebahagiaan sebagai ganjaran kepada hamba2 yang telah berjaya harungi dugaan yang diberi dengan jayanya!

Sampai lah suatu ketika dimana waktu tu prof dah membesar dan bersekolah dan sekali lagi kekuatan kami diuji. Prof diberikan penyakit yang dikire agak kronik jugak...perut semakin membesar seawal umur prof belasan tahun.

Dapat detected ketumbuhan dalam perut, n masa tu prof kecik lagi dalam umur 12 tahun perut prof sikit2 die membesar. Sampailah nak cecah umur 14 tahun, makcik prof perasan perut prof besar dan keras. Mase tu g la try ubat kampung...orang tu pun takot nak pegang perut prof sebab keras. Kami disuruh rujuk ke doktor, takot ade ape2...

Mule2, macik prof bawak g scan kat klinik biasa...memang nampak something sebesar biji kacang soya. Doktor terus refer ke Hospital Seremban, tapi kitorang x g Seremban...abah bawak prof g Shah Alam ade satu tempat rawatan traditional, nama klinik dirahsiakan sebab telah dilaporkan owner pusat perubatan tu xmempunyai lesen yang sah! ish! menakutkan...nasib baik doktor tu xde buat ape2 yang membahayakan nyawa prof dahulu kala.

Sepanjang tingkatan 2 prof x sekolah sebab dapat cuti khas dari pihak sekolah atas masalah prof ni...naik tingkatan 3, terus masuk kelas bawah sebab xde result final exam tingkatan2. Atas bantuan Cikgu Zainab dan Cikgu Zaini, dapat lah prof dinaik kan ke kelas atas lepas beberapa minggu persekolahan bermula. Alhamdulillah, rezeki Allah...dengan izin Allah, prof dapat meneruskan persekolahan dan pengajian sampai sekarang dalam keadaan sihat (maksudnye xsakit2)

Hinggalah prof sekarang yang bakal berusia 24 tahun September ni...masih menanggung sakit yang same. Previously, ade jugak g ubat traditional...tapi bukan ape, hati ni xteringin langsung nak jejak kan kaki ke tempat2 macamtu. Sebab prof tau, sakit ni sakit yang nyata...memang sakit yang datang dari Allah, prof yakin satu hari nnt akan sembuh tapi bukan dengan cara bomoh atau seangkatan dengannye.

Pernah prof menyuarakan hasrat hati untuk wat operation, tapi malangnye dihalang oleh orang tua prof. Kerana terlalu menyayangi prof, so mak abah takot anything happen to me. 

Pertengahan tahun lepas, prof ade buat rawatan kat HUSM...doktor cakap buah pinggang prof seakan bengkak, n kalau dibiar lame2 nanti takot effect kat buah pinggang plak. Ya Allah, mase tu tatau nak cakap perasaan prof macamne. Lepas satu2 hal yang datang...bile prof cakap kat mak sejelas2nye, mak tetap xbagi. Ketika tu sampai prof bergaduh dengan kawan prof sebab die nak sangat tengok prof sihat...tapi prof sendiri xberusaha nak sihat. 

Bukan macamtu, memang prof nak sangat sembuh dari penyakit ni...tapi prof ditentang sekeras2nye oleh ibu prof yang terlalu menyayangi prof. Prof xnak dilabel jadi anak derhaka...ape yang prof buat??? Prof tetap bersabar, sebab prof yakin akan ade jalannye kalau Allah kata ADA!

Sampailah awal tahun ni...sejak 3 tahun arwah abah pergi, sampai beberapa minggu sebelum mak pergi...prof ade mimpi arwah abah cakap suruh proceed dengan operation. Dan, dengan segala kekuatan dari hati yang Allah beri pada prof...prof cube menyuarakan hasrat hati sekali lagi pada mak untuk buat pembedahan tu. 

Alhamdulillah, Ya Allah...bayangkan, selama berbelas tahun prof sakit ni xpernah sekali pun mak izinkan tuk buat pembedahan. TAK PERNAH! Tibe2...bile prof cakap "Mak, boleh akak nak operation x? sebab bile akak nak rukuk akak sakit pinggang, akak takot buah pinggang akak problem macam yang doktor cakap"

Lepas tu, mak terus kol tanye keadaan prof...benda pertama yang mak tanye, kos rawatan dan pembedahan. Sebenarnye, ramai kawan2 prof yang sudi bantu dari segi kos rawatan...tapi prof xberani nak cakap pasal tu kat mak. Bile prof dah dapat yakinkan mak pasal duit, mak cakap OK. Syukur, Ya Allah...betulkan, kalau dah itu jalannye memang tu je arahnye. 

Tidak lama lepas mak dah bagi green light tuk operation tu, mak pun pergi meninggalkan kami adik-beradik. Ceritanye bermule disini...yang panjang lebar prof cite dari muule tadi tu just introduction je...hehe. Haaa, begini prof nak cite...dulu kan my parents memang refused xnak buat operation, so sume urusan jadi tergendala n lambat...but then bile mak dah izinkan, n mimpi yang abah pun bagi green light memang sume urusan berjalan sangat lancar. Alhamdulillah, xtau nak berterima kasih pada Allah macamne lagi...dari hari selasa (13/3) prof settlekan ct scan, n amik sample darah.

Keesokan harinye terus buat appointment dengan salah seorang doktor di Hospital Purtarajaya. Pada 15/3 bertemankan Airin dan Ila (adik prof), kami ke Hospital Putrajaya...memang dah dalam waiting list appointment.

Hasil dari appointment dengan doktor, dah sepakat nak buat operation pada 2 April 2012 ni, in two weeks time je lagi. Takot!!!!!!!!!!!! hehehehe...

Kepada kawan2 yang sudi membaca, doakan pembedahan nnati berjaya dan selamat dan sume urusan berjalan lancar ye. Insyaallah, doakan juga prof cool nak hadapi dugaan Allah ni just like my parents. Moga adik-adik prof pun setabah + sekuat mak dan abah. Amin!~

Thank you pada semua yang terlibat hingga ke peringkat ni...hanya Allah yang maha pengasih dan penyayang saje yang mampu membalas jasa tuan/puan sekalian. Insyaallah, moga Allah berikan hidayah, permudahkan pintu rezeki kalian, serta memberi barakah pada sahabat2 + pensyarah2 + uncles + aunties + pihak yang bertanggungjawab + semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. TERIMA KASIH, tulus ikhlas dari saya, Farah.

p/s: sejak hari pemergian mak, prof dapat ramai uncles and aunties yang sangat caring n concern kat prof dan adik2. Thank you Allah...tindak tanduk mereka just like mom n dad. thank you! thank you! love u guys so much =)

With Love, xoxo

Thursday, March 15, 2012

Kuasa tuhan

Assalamualaikum,sahabat2 sekalian =)

Takde ape yang prof nak share untuk entry kali ni, cume bulan ni (Mac) prof dan keluarga diuji oleh Allah. Diberinya dugaan yang sangat besar untuk kami sekeluarga.

Ahad lalu, 4 Mac 2012...prof bersama beberapa rakan seperjuangan bersama2 menghabiskan masa bersama diawal pagi semata2 nak panjat Bukit Broga...second time for me, but first time bagi mereka yang lain. Bersama Nisa, Maimanah, dan Madihah...seawal 4 pagi dah gerak ke Semenyih. Subuh di puncak bukit Broga...Ya Alah, nyaman nye. 

Lepas beberapa jam mendaki...siap bersarapan kat atas sane, dalam kul 8 lebih tu kami dah stat turun sebab xsabar nak balik. Prof dah janji ngan Nisa nak balik harini jugak sebab Nisa sudi nak hantar prof balik Shah Alam...so, agak2 prof sempat la nak siap2, mandi2, n rehat2 dulu before balik. 

"Assalamualaikum...", sahut prof dari luar rumah... "Wa'alaikumussalam... kakak dah balik", kedengaran suara mak dari dalam dah menunggu anak die balik. Masuk rumah, mak dah tunggu kat pintu...tersenyum manis, ceria je muka mak harini. Prof pun salam mak, n letak barang2 mendaki kat bakul kain kotor. Terus ke depan berborak dengan mak...cerita pengalaman mendaki n merancang nak bawak adik2 kesane plak nanti. Insyaallah...

Xlame lepas tu prof minta izin nak rehat kejap...penat sangat!! Bile dah tidor tu memang xingat jam. Terjaga lepas Nisa kol, die tanye jadi or x nak balik? Sebabkan prof kepenatan yang teramat sangat2...baru bangun tido plak tu, so prof cakap xjadi balik...esok baru balik, tumpang Airin. 

Dah bangun dari tidur, terus siap2 solat Asar...tunggu maghrib, sembang2 dengan mak. Tetibe mak cakap "Kalau dapat satay malam ni pun sedap kan kakak, angah...esok kakak nak balik dah. Boleh angah, tolong g beli satay kejap?" kebetulan prof pun terase macam nak beli barang makan tuk rumah sewa. Mintak angah temankan g beli barang kat Giant, Nilai. 

Mak pesan, "Angah nanti singgah kat satay kejap order kan satay, amik balik nanti". On da way ke Giant tu, singgah kedai satay tu...tapi tutup, xde rezeki mak nak makan satay malam tu. 

Balik dari Giant, on the way nak balik rumah...tibe2 ternampak kedai satay tu bukak...Ya Allah, memang rezeki mak malam ni nak makan satay. Alhamdulillah! 

Dapatlah kitorang makan satay same2 ngan mak malam tu...dalam kul 11 lebih gak kitorang makan, sebab tunggu satay tu lambat sangat2. Tapi xpelah, xkesah...yang penting dah dapat makan. Susah nak dapat makan satay same2 macam malam ni...sume ahli keluarga ade malam ni, seronok nye rase =)

Ceritanye, malam tu jugak...dalam jam 12 lebih, bonda tercinta prof telah pulang ke rahmatullah pada 5 Mac 2012 (Isnin)...dan sekarang ni kami adik beradik secara rasminya berstatus yatim piatu, Arwah abah pergi pada 28 Januari 2009 (Rabu). 

Sangat sedih pada mulanya, prof terkejut sangat2 dengan apa yang terjadi tapi prof yakin setiap dugaan yang datang dari Allah tu sebenarnya ada ganjaran yang menanti. 

Dengan sokongan dari adik2 tercinta, sahabat2 tersayang, kenalan yang sangat berhati mulia, dan saudara-mara yang ambil berat...Alhamdulillah, semuanya baik2 belaka.

Dalam ketiadaan mak dan abah, prof dihadiri oleh ramai kenalan baru yang banyak membantu dan menjadi tulang belakang prof. 

Terima kasih yang tidak terhingga, tulus ikhlas dari prof untuk semua yang banyak membantu uruskan beberapa urusan penting...antaranya urusan kewangan, dan kesihatan prof. Alhamdulillah...

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik mereka semua, bantuan ikhlas dari mereka sangat2 prof hargai...Ya Allah, I am not alone! Syukur.

Antara kata-kata semangat dari sahabat2 yang prihatin:

"Innalillahi wa inna ilahi rajiun...sabar ye fara...Dia lebih sayang pada mak ko...sabar ye...sedekah fatihah banyak2"-arif

"Ko kene kuat fara...pasti ada hikmahnye...kite same2 doa untuk arwah...sabar k"-nad razak

"Takziah fara, tabahkan hati...kuatkan semangat"-hanis

"I am sorry to hear that, please take care of yourself"-DrM

"Farah, aku harap ko tabah. Allah sentiasa jaga ko. Jangan takut"-Syida

"Awak, tabahkan hati ya...saya xde dekat awak...saya tahu awak kuat"-najua

"Farah...sorry scha takde nak tolong. Sabar ya farah...scha tahu takda ayat yang boleh legakan hati farah sekarang, tapi bersabar ye. Adik2 farah perlukan farah"-scha

"Salam, takziah farah...harap farah dapat bersabar dan tabah"-Ira

"Salam, baru dapat tahu berita...takziah, kalo de pape yang aku boleh tolong bagitau la"-harith

"Salam farah, takziah...kuatkan semangat ye walaupun perit, Allah lebih menyayanginya. Teruskan kehidupan ini dengan redha"-fadz

"Assalam, takziah atas apa yang berlaku farahhh. semuanya di bawah penguasaannya. redha dan tabah atas setiap apa yang berlaku ye...semoga arwah abah dan mak ditempatkan bersama orang2 yang beriman, aminn"-dila

"Tabahkan hati, ko dipilih untuk menerima ujian sehebat ini kerana Allah tau ko kuat dan mampu untuk menerima qada' dan qadarNya...bukan sebarang orang diberi tamparan sehebat ini."-nad razak

"Salam takziah farah, tabahkan hatimu dan semoga diberi kekuatan hadapi dugaan...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...Al-fatihah"-sidah

"Atun, takziah sayang, banyak2 berdoa dan sabar k. sume jadi ade hikmah...Allah menguji hamba yang disayangi. harap ko tabah, kuat, dan cekal...kitorang ade ngan ko. pape hal ko jangan segan nak bagitahu aku ye. nanti aku datang jumpe ko."-nadrah

"Takziah farah atas perkara yang berlaku. moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh. be strong!"-fendi

"aku terkejut sangat2 farah! Ya Allah sekelip mata. bukak fb pagi tadi baru tau...xpe farah, dugaan ni bonus untuk kamu. sekarang uncles and aunties ade kan? diorang akan jaga kamu semua. n aku kawan2 boleh tolong support farahh. tabahkan hati ok! permission yang arwah mak kamu bagi untuk opret tu sangat mengejutkan. n ini petanda untuk die restu apa sahaja yang terbaik untuk mu farah. kuatkan semangat ok. apa2 hal remeh temeh ke bagitau la aku, aku sudi berkongsi denganmu. nanti kalau ade free, text aku ko punyer acc num ye, abah aku nak bagi sedekah"-dila

"takziah fara...terkejut sangat, semoga ko tabah hadapi ujian ni ye...aku doakan ko dapat menjalani kehidupan seterusnya dengan berani dan redha atas pe yang terjadi. semoga arwah ditempatkan ditempat yang diredhainya"-hasanah

"Assalamualaikum fara...Nisa baru lepas baca yasin untuk arwah dan fara. Nisa doakan fara tenang menempuh dugaan Allah ne. Amin. If you need me, just say it. I am always here for you. Insyaallah"-nisa

"Allah s.w.t. lebih sayangkan arwah mak...mak meninggal dalam keadaan ingin solat isya'...supaya Allah tempatkan roh arwah emak di tempat orang2 beriman, Sungguh mulia pemergian emak...Ini adalah perjalanan hidup  yang penuh hikmah dan hanya orang2 yang dekat dengan Allah sahaja memperolehi ujian ini...Allah akan sentiasa menjaga dan bersama dengan awak n adik-beradik...tabahkan semangat"-ikhwan

"Salam, takziah fara...i don't have the guts to contact u before. Be strong! adik2 ada saudara tolong tengok2 kan? =) if u need anything, let me know kayh"-bella

"Salam fara...ko ok? adik2 sume ok? kuatkan semangat tau. Untuk diri ko dan adik2...jangan patah semangat, kalau ade pape yang boleh aku tolong, bagtau ye =)"-azreen

"I often wonder what Dua to make for the people I care 4, then I realize that all I have to do is mention your name to Allah S.W.T. He knows what you need! =)"-kina

"Takziah fara, tabahkan hati ye...kuatkan semangat"-kak idi

"Salam farah..just heard about your loss...minta maaf sangat2 tak dapat datang, hope farah ngan adik2 ok"-fae

"How are you doing? You have been very quiet, I appreciate that you suddenly have a lot more commitments. Take care and all the best. salaamz"-DrM

"Ibu kepada slh seorang kwn kita, Farah telah kembali ke rahmatullah. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah & berdoa semoga roh ibundanya tersayang dicucuri rahmat & tergolong di kalangan orang2 yg beriman. Amin" - Nad Razak

"salam takziah dr mama sekeluarga...Innalillah, Al fatihah, semoga arwah mak farah ditmptkan bersama org2 beriman dan para syuhada, tabahkan hatimu nak, terima ketentuan Allah dgn redha, dia x akan menguji hambanya diluar kemampuan seseorang, mama jgk sedih mndapat berita dr nad sebentar td....be strong, ok..." - Mama Zura

"takziah buat farah sekeluarga..alfatihah" - Mira

"takziah...al-fatihah...smoga arwah mak fara ditmptkn bersama2 org yg beriman...kuatkan smgt n tabahkan hati..." - Hanis

"takziah fara. semoga beliau ditempatkn di kalangan beriman. al Fatihah. harap ko lbh tabah n sbr menempuh hari yg akn dtg" - Wani

"Salam farah...takziah atas kehilangan..moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah..farah n family..kuatkan semangat ya.." - Izreen

"takziah farah atas pemergian ibu tersayang. semoga ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang solehah.." - Aida

"takziah farah..be strong ok.." - Linda

"Salam takziah farah...be strong k.." - Nuril

"Farah...takziah...:( Tabahkan hati ye..." - Ummaira

"fara.. be strong okay.. takziah.. al fatihah.." -Eshie

"Fara, kuatkan semngat n tabahkn dri menghadapi dgaan ni ea...semoga mk ko ditempatkn dikalangan orang2 yg beriman... Takziah..." - Anis

"fara.. kuatkn smgt tau!! wlaupn ak xde dekat dgn kao skang..igt la ak sntiasa ade d sisi kao.pggl je kalo ko nk bahu ak atau ape saje.. jgn segan2 dgn ak tau!" - Ceqdu

"Takziah atas pemergian mak, kuatkan semangat, relakan pemergian arwah dengan iringan doa, Al Fatihah..." - Mama Zuraida

"Salam Farah, takziah dari nik sekeluarga...farah kuatkan semangat yer, setiap yg bernyawa pasti akan merasakan nya (surah ar-ra'd)...kita yg msh diberi pinjaman nyawa perlu sentiasa mendoakan arwah dan jadi anak yg soleh sbg aset arwah..farah tabahkan hati dan redha ek...al-fatihah...." - Nik 

"Takziah k farah..... Be strong.... Allah lg syg mak.... God bless u...." - Kak Nona

"Farah, GOD always has something for you, a key for every problem, a light for every shadow, a relief for every sorrow & a plan for every tomorrow. Be brave, be strong, have faith.. we're here for you." - Scha

"salam farah..takziah fara.saba pe yg brlaku,anggapla ini ujian dr yg esa tuk menguji diri kte.tabah tuk menghadapinye..sntiasala brdoa tuk arwah dan jadila ank yg soleh..al-fatihah" - Hakim

"salam takziah farah, be strong syg....sedekahkan al-fatihah byk2 k" - Lianie

"salam takziah..sabar ea kak.. mmg ssh kita nk terima org yg kita syg pergi tgl kn kita bt selama2nya..tp akk jgn sedih sbb allah lebih syg kn mak kita sbb 2 allah jemput mak kita dulu..kita sama2 sedekah kn al-fatihah utk mak kita ea..be strong k ingat x akk pnh ckp sama dgn ira cm 2..:) jgn sedih ea.. minta maaf ira x dpt dtg.. nnt ira ade masa ira dtg jumpa akk ea.." - Eira

"alhamdullilah semua nya selamat...kepada Farah sy tahu awk kuat sayang.......apa yg berlaku ini,semua ujian dari allah....just remember yg saya selalu ada utk awak" - Darl

"Salam Farah...Takziah...Kuatkan semangat Farah..Ini semua ujian Allah..Al Fatihah!" - Mala

"Takziah Farah .smga arwah d tmptkn d klngn org yg beriman." - Shima

"Salam takziah kak farah...semoga roh arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman..." - Faiqah

"Salam farah..aku baru tau berita sedih ni..takziah..sabar bnyk2 k?kuatkan smgt!!" - Fahmi

"kepada Farah... be strong!!... x mo seday2.. redha ngn pemergian arwah.. dan byk2kn sedekahkn al-fatihah utk arwah... smg arwah ditempat dikalangan org y beriman.." - Hanisah

"Takziah fara.kuatkn semangat ye.Allah salu ade :)" - Atifah

"Farah..takziah ye..banyakkan sabar..n smoga roh arwah dicucuri rahmat, amin.." - Mek Ain

"Farah , hope u strong." - Ain Hasani

"salam takziah farah...semoga ALLAH merahmati bonda tcinta..." - Susi

"salam takziah farah, Allah lebih syg bonda farah...sedekah kan la ayat2 suci Alquran pada arwah...... tabah kan hati.... aku, n kawan2 len sentiasa ada ngn farah..... lebiu " - Latipah

"kak farah, w'pun kita jumpa skali je,tp sy tau kak farah org yg kuat. bykkan bersabar ye. adik2 perlukan kak farah. takizah kak farah. :)" - Madihah

"Salam takziah buat sepupuku yang tersayang..farah semoga tabah dan kuat semangat menempuhi segala dugaan yang allah berikan...k.ti sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik2 akak yang dikasihi.......:" - Kak Yati

"Takziah farah...kuatkan semangat..akak doakan semoga farah tabah mghadapi dugaan dariNya.." - Kak Nana

"salam......takziah pada semua ahli keluarga.....kuatkan semnagt....iku kakak sulong an...kuatkan semant..bg semangat pada adik2 yga lain.....insyallah..minggu nie...datg k umah iku yer....semalam xbkesempatan nk dtg.......insyallah....alfatih
ah pada arwah." - Zakee

"salam farah..takziah..kuat kan semangat..sesungguh nya Dia Maha Mengetahui ape yg terbaik utk setiap hamba-Nya..kite sentiasa doa kan yg terbaik utk farah dunia dan akhirat..insyAllah.." - Maizatul

""Firman ALLAH swt yang bermaksud:”Dan sesungguhnya kami akan memberikan percubaan sedikit kepada kamu seperti ketakutan , kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)

"Allah bersama-sama hambaNya yang bersabar insyaAllah. So stay strong Farah ! Allah knows you can deal with this. He brings you TO this, He will bring you THROUGH this :') *hugssss* take care sayang" - Dila Bakren

"dear..takziah..sorry sb yana br tau..i really hope u can stay strong and be strong.. semoga ALLAH memberi rahmat pd bonda farah..semoga farah sentiase tabah..sbr eh wak.." - Yana

"sabar k farah.salam takziah.org bru taw.kalo nk mintak tolong pape,bagila tau k.insyaAllah kalo xde pape hal, org tolong.semoga farah kuatkan semangat menghadapi hari yg mendatang.Tuhan bagi ujian dekat kita supaya kita jadi lebih kuat.teruskan kehidupan dgn kekuatan yg Tuhan bagi pada kita ye." - Amalina Munir

"Assalamualaikum. Forever strong k." - Nadzreen

"How r u and adik2? semua okay? kalau ada apa2, pls let me know" - Mama Zuraida

"Kak ique...TAKZIAH...kuatkan smgt yer, allah lbh sygkan arwah...tp xpe...ktorg sygkn akk n adk2 yer..papehal ktorg ade tuk korg..." - Deqno

"Salam...iku..kuatkan semangat....Allah takkan uji hambanya dg apa yg mereka tidak mampu hadapi...sbb Allah tahu iku jkuat semangat dan mampu hadapi ujian...dia ujin mcm tu.....besabarlah....Allah sayang pada iku..sbb tu dia uji macm tu....;)" - Abang Rizal 

"ima baca blog prof tadi.... maaf..baru perasan... Takziah...semoga rohnya bersama orang2 beriman... teruskan hidup ya Prof... pastinya...kehilangan itu memberi kekuatan yg luar biasa untuk prof...." - Ima Zahra

Messages ni sume yang prof hold dalam inbox...sampai penuh inbox. So dalam beberapa hari sebelum entry ni keluar, prof xley nak mesej sangat. And now, dah abadikan dalam blog ni, boleh delete da, prof suke orang bagi semangat, prof suke baca =)


Sebelum berakhir, nah ni video yang disuggest kan oleh salah sorang sahabat prof:


Thank You Nad Razak

With Love, xoxo

Selamat Pengantin Baru, Aisyah

Assalamualaikum, sahabat blogger dan pembaca semua =)

Akhir Februari, seorang dari sahabat baik prof ('Aisyah) telah melangsungkan perkahwinan beliau bersama pasangan hidup nya Farhan, seorang tentera laut. Wow!!!! jalan bawah pedang time wedding ceremony haritu...syok nye!

Nah tengok gambar2 dimajlis perkahwinan Aisyah dan Farhan haritu =)

 

Selamat melayari hari2 bahagia Aisyah dan Farhan

With Love, xoxo