Awal Februari di Pasir Gudang

Assalamualaikum, sahabat blogger

1 Februari 2012, Nad Razak, Airin, dan prof gerak ke Pasir Gudang nek kereta dipandu oleh Nad Razak. Kitorang gerak hari rabu petang dalam jam 2, terus gerak ke Pasir Gudang. Dalam perjalanan nak ke Pasir Gudang, sempat singgah makan kat restoran jambatan kat perhentian Ayer Keroh, Melaka. Menunye A&W je sebab nak menikmati pemandangan jalan raya dari tengah2 jambatan. X lame lepas tu, kami bertiga meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Alang2 singgah johor, Nad Razak singgah ke Tangkak lawat adik dia kat Kolej Matrikulasi Johor. Lepas tu, kitorang singgah ke JPO (Johor Premium Outlet)…best jugak kat situ, tempat shopping barang branded yang murah. Nanti korang pergi lah singgah sane, jangan lupe buah tangan tuk prof =p

Persinggahan kami kejap je…lepas tu kami terus gerak balik Pasir Gudang, tengok anak buah Nad Razak adik kepada Adriana Damia. *Alahai!!!! Prof xingat nak amik gambar baby, phone tinggal dalam kete time ni*

Balik dari singgah rumah Damia, kami pun gerak balik rumah Nad Razak. Rumah Damia ngan Nad Razak ni dekat je…masing2 kat pasir gudang. Nad Razak memang kalau balik kampung, mesti xlupe singgah tengok Damia. Budak tu pandai berceloteh tau…ade je benda yang die nak cakap. COMEL! Ish! =p

Sampai kat rumah Nad Razak, kitorg rehat2 before keluar makan ngan budak2 kelas kitorang dulu yang duduk kat Johor Bharu…FarahLi, Hamidah, Bella Hisham. Lepas maghrib, kitorg dah gerak g makan kat Kapten Grill & Steamboat yang dimiliki oleh makcik Bella Hisham.
Menu malam tu kami makan makanan berasakan "lamb" dan nasi goreng sebab lapar giler!! =p


 






Alhamdulillah, syukur atas rezeki malam tu…FULL! 

Lepas makan, kami jalan2 kat Stulang…lepak tepi pantai, sambil makan tauhu bakar. Sedap! Bebudak ni kalau dah berjumpe, macam2 disembangkan nye…tambah2 kalau si Nad Razak, Bella Hisham, Hamidah…terkekek2 gelak. Hahahah

Hari pun dah makin gelap, malam pun dah makin tua…so, kami harus pulang kerumah dulu ya kawan2. Sebab keesokan harinya prof ade meeting ngan supervisor+co-supervisor+RP student jam 2 petang, xde input lagi untuk meeting tu. Malam tu jugak mintak tlg kawan2 bg idea nak siapkan mind map tuk progress research prof. hmm…

Keesokan harinya, bangun subuh dan terus bersiap2 balik shah alam…kami bersarapan kat Pasir Gudang dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang. Lepas sarapan, kitorang sempat lagi jalan2 kat kawasan industri Pasir Gudang. 

X lama lepas tu baru kitorg gerak balik Shah Alam…xde singgah memane pun, memang Nad Razak kejar masa nak make sure sempat masuk meeting kul 2. 

Kalau xde meeting or gerak awal sikit, kitorang boleh la jalan2 lame sikit kat Johor. Tapi, xde rezeki kali ni…insyaallah lain kali. Perjalanan ni kire emergency gak la…tibe2 g Johor tanpa dirancang. Huhu

Alhamdulillah, kami selamat sampai kat Shah Alam jam 1 petang dan terus g cari makan before meeting stat, kitorang lunch kat Subway… =)

Lepas makan, terus jumpe supervisors…debar plak rasenye nak meeting. Huhuhu…Ok lah, xde ape nak diceritakan time meeting. Berjalan lancar seperti biasa, mind map pun ok. Cuma kene rombak balik flow research tu, kene betul2 fahamkan ape yang prof nak sebenarnye dari research tu. Dr.M always remind me, this is your baby…do your best! =)


With Love, xoxo