Tuesday, January 31, 2012

Defense Proposal Presentation day

Assalamualaikum, followers and readers


26/1/2012- Hari yang dinanti2kan sudah tiba...Defense Proposal Presntation Day. Semua student master mid-mode kene present pasal research masing2 harini. So? What have we done today? Lots!!!

Presentation ni dibahagi kepada 2 kategori, group full time and part time. Full time dah settle pagi tadi...sesi kitorang sampai tengahari dan orang terakhir dalam group ialah prof sendiri =)

Sesi malam nanti bermula jam 8malam-930malam untuk 3 students and 3 panels yang terlibat. 

So far, panels yang hadir banyak bagi suggestions and comments on research proposal kitorang...Alhamdulillah, dah settle benda yang agak besar bagi kitorang ni. Lepas ni memang dah boleh focus kat research betul2...perbaiki apa yang perlu.

Tengah2 nak setup laptop untuk presentation, salah sorang dari lecturer kami datang jumpe prof. Beliau kata sangat impress dengan kitorang mase exam haritu. I guess dah habis tanda sume answer scripts la tu kot, and alhamdulillah i know everybody did it well too...sebab tu die impress sangat2 =)

Eh! tetibe takot plak nak dapat results...haha. 

Kemudian punye cerita la pasal result tu. rezeki masing2 dah ditentukan...terima dengan seadanya! 

Sesi defense proposal pun dah tamat dengan jayanya untuk sesi pagi...tapi untuk sesi malam, masih berdebar2 lagi. They all will be fine, insyaallah! 

Prof last presenter, lepas dah abis tu dah siap2 nak gerak balik one of the panel datang jumpa prof discuss sikit pasal research yang prof. Xlama lepas tu supervisor prof pun datang kat bilik meeting, tengok2  keadaan students yang dah lepas present. 

Banyak nasihat yang diberi kat students, and after that sesi prof ngan supervisor plak kat office beliau. Ade few things yang kami discuss pasal research, alhamdulillah everything was good.

Dr.M cakap prof dah ada co-supervisor, that is Dr. Maziyer. Again, Dr.M to the power of 2 (Mikhail and Maziyer). hee...Lepas meeting dengan supervisor, he advised me to say hello to my new co-supervisor. I did it! Prof singgah office co-sv plak nak say hello seperti yang di'advise' oleh my sv.

The power of M, hopefully my research xde problem dengan bantuan pakar dari Uk dan Iran. Insyaallah! Work it out Farah!

Lepas dah habis meeting with both M...Airin, ngan Nad dah tunggu prof nak g makan. Yummy! perut pun dah bergelora...

Kitorang terus ke Sunway Pyramid, makan Ayam Penyet...blurp! kenyang. Alhamdulillah...




Lepas tu, kitorang singgah jalan2 cuci mata kat kedai buku. Sunway ada MPH ngan POPULAR. we all singgah kat 2 2 ni...cari buku, pakai baucher yang ada balance lagi tu =)



Untuk adik2 prof lagi...kali ni buku pelajaran plak! Semoga mereka akan sentiasa berjaya...Amin!~


With Love, xoxo

Friday, January 27, 2012

Hadiah Konvo degree

Assalamualaikum, followers and readers
A day before exam Molecular Engineering haritu, prof jumpe sahabat prof...sama2 study kat UiTM. Name beliau Atiqah! =)

Susah tau nak jumpe die, selalu sibuk je...ingatkan prof je yang busy 24/7 ade lagi sibuk...ish! hehe. Alhamdulillah, Allah temukan jodoh kami...Pagi tu kitorang sarapan sama2 kat Dataran Cendekia UiTM. Tqa xsihat plak tiba2...die sakit perut yang teruk gak. Alahai, xsuke sakit perut, tapi tu sume ujian kan nak xnak kene hadapi jugak. 

Perjumpaan kami sekejap je, sebab Tqa dah kene balik Perak and prof pun kene balik sambung study. Nak tau x? Tqa ada bagi prof hadiah, katanya hadiah mase nak bagi hari konvo prof dulu...tapi sebabkan die xdapat datang atas sebab2 tertentu, so terpaksa tunggu ada masa jumpe prof nak bagi hadiah tu. Sweet! Tqa bagi prof coklat...Tqa buat prof terharu sangat2 (T_T)



Tqa ni antara tetamu khas yang prof jemput datang konvo haritu, tapi konvo prof kan hari Isnin n Tqa plak ade klas...xboleh la datang. Insyaallah konvo master nanti Tqa datang. =)


With Love, xoxo

Habis Master siri-1 (coursework)

Assalamualaikum, followers and readers

3 kali Sabtu in this month, bermula 7Januari sampai 21Januari we all sibuk siapkan diri tuk exams. Nak enjoy sangat pun xboleh...

Alhamdulillah, examinations sume da berakhir and sekarang boleh tumpukan perhatian kat research sepanjang tahun ni. Ada kawan2 yang dah start ngan lab experiment masing2...cume group prof je xstart lagi sebab chemical xsampai lagi. Insyaallah bile dah sampai je semua bahan2 research, boleh mule dah! =)

7Januari, exam Green and Sustainable Engineering...on the next weekend (14January) was Advance Process Optimization, and the following weekend was Molecular Engineering on 21January.

Ya Allah, lega sangat!!! dah  habis exams untuk master ni dan ini exams yang final memang betul2 final. I dont think kalau further PhD pun ade exam. kan? so, i guess it is over! =) F.R.E.E.D.O.M

Ok! Memandangkan final paper tu Molecular Engineering yang sangat theoretical, bile dah abis exam ME tu rase sangat2 puas sangat...i do believe semua kawan2 pun dah buat yang terbaik sepanjangn tempoh exams tu. Alhamdulillah...we've done that!

Cuma still got one thing to settle down, assignment 4 ME...manakala on 26Januari (Khamis) kitorang punya defense proposal. Ada masa lagi 5 hari nak ke hari presentation tu. Lepas exam ME tu kitorang memang rehat giler2...Hari Sabtu exam, Isnin-Selasa plak cuti raya cina. So, prof amik masa pulang ke kampung halaman nak tenangkan minda...so mase nilah nak siapkan semua slides presentation Khamis nnt ngan assignment. Selasa cuti, Rabu dah kene jumpa supervisor nak discuss pasal proposal.

Tatau apa akan jadi nanti...huhu, lepas exam ME tu time sibuk2 nak plan untuk submit assignment tiba2 Kak Shila cakap laptop dia buat hal. Nak xnak die memang kene fixed kan laptop die baru boleh buat kerja sebab kitorang kene hantar assignment tu before exam so Dr.M dah bagi masa yang sangat panjang untuk buat so nak xnak kene submit as soon as possible. 

So, first thing yang kitorang buat, cari kedai laptop yang boleh repair laptop Kak Shila. Faizal, Kak Shila, Airin, dan prof...kitorang plan nak g makan lepas exam tu, dah alang2 jadi macam tu lepas makan tengahari Kak Shila pun bawak kitorang g amik laptop die kat rumah (Pulau Indah). 

Sempat zuhur kat rumah akak, after zuhur tu dah gerak ke Plaza Alam Sentral nak fixed kan laptop akak. Alahmdulillah, ada yang sudi repair tapi yang xbestnye die xboleh siapkan segera sebab dah nak cuti raya cina so die amik masa nak betulkan laptop akak. Fine, akak terpaksa cari alternative lain...iaitu, beli laptop lain.

Alhamdulillah, apa yang dicari sudah ketemu. Tenang hati akak dapat siapkan assignment, bukan sebab laptop baru tu yang penting tapi sebab nak siapkan assignment and few things dalam masa seminggu ni. Necessary sangat2 untuk akak beli laptop tu...

Lepas dah dapat laptop tu...kami g minum petang dulu, akak belanja Dunkin Donut! Terima kasih akak...semoga dipermudahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya. Insyaallah =)


 

Lepas dah settle minum petang n asar, kitorang gerak ke Subang Parade nak ke MPH. 

Few days before exam Molecular Engineering, kerajaan kan mula agihkan baucher buku 1Malaysia. Terima Kasih pada kerajaan Malaysia...xsia2, sebab prof dapat beli banyak buku tanpa mengeluarkan sesen pun! Alhamdulillah...

Antara buku2 yang prof beli:



Xbanyak, beli sikit2...sambil tu boleh fikir buku ape lagi yang nak dibeli dengan balance voucher yang ada ni. Cukup lah buat beli buku adik2, bagi semangat diorg nak membaca n study...

Alhamdulillah, hari yang sungguh indah! =)

Balik dari berjalan2 cari buku dan laptop, so masing2 pun balik...nak siapkan assignment tadi...Airin n prof memang kene submit malam tu jugak sebab esok nye dah nak balik. kalau lambat2 jalan jam! 
Finally! settle dah semua =) kami pun boleh balik kampung, berehat dan pay attention kat defense proposal yang bakal berlangsung xlame lagi...

Happy Holiday sayang...


With Love, xoxo

Januray 2012

Assalamualaikum, followers+readers


Kali ni memang akan update entry sebanyak mungkin yang dah terkumpul sejak dari awal tahun 2012 a.k.a awal bulan Januari 2012 jugak la kan? hehe...

Baru berkesempatan nak update entry, alhamdulillah ni baru je settle defense proposal on my research. Hopefully everything was good. takot plak nak viva sem depan ni.

Ok lah, xnak cerita lebih pasal defense proposal because tu sume akan prof update on next 2-3 entry, insyaallah.

Awal bulan haritu, on 8 Januari 2012 (Ahad) ada kenduri kahwin kakak kepada kawan kitorang, Murni. Lokasi majlis perkahwinan tu kat Padang Jawa, Selangor.

Antara rakan2 yang hadir masa haritu ialah ----> Farah Liyana, Hamidah, Nabilah, Airin, Nadiah, Hakim, Nazir, Jalil, Fazlan, dan prof.Yang dari johor pun sudi turun sini tau...best la diorg ni =)



Lepas balik dari wedding ceremony diorg, xkan nak terus balik kan? sebab ade yang datang dari johor semata2 nak attend majlis perkahwinan tu, xkan la nak terus balik. So, after abis tu kitorang pun plan nak berjalan2 kat Tropicana Mall, Damansara.



Sepanjang hari kitorang memang berjalan je...xde beli pape pun. xlame lepas dah penat jalan2 kat tropicana, kitorang gerak g makan kat Ikea...korang boleyh agak kan ape akan jadi bile dah sampai kat Ikea tu, Yes!!! Ikea's Meatball memang superb! 


 
 
 

Yes! We are a happy family =)

With Love, xoxo

Saturday, January 14, 2012

Kisah Wardina Safiyya


Ya Allah...sangat tersentuh dengan perubahan yang sis Wardina dah lakukan. Saya menangis...marilah kita tonton bersama, sambil mengambil pedoman yang ada. Salah satu landasan untuk lebih ke arah Allah S.W.T yang maha Agung! Subhanallah


With Love, xoxo

Thursday, January 12, 2012

2011 in memories

Assalamualaikum sahabat semua

Entry kali ni xde nak update ape sangat...just nak share kan kenangan bersama ngan orang2 tersayang yang berjaya memeriahkan 2011 dalam hidup prof

Check this out!!!!

Awal tahun 2011, prof ngan kawan2 seperjuangan panjat bukit broga beramai2. Dari seawal sebelum subuh sampai nak dekat tengahari kat atas tu...dan alhamdulillah, for the first time prof dapat masuk news paper UTUSAN!!!!


Dinner Fakulti Kejuruteraan Kimia...mereka meraikan senior yang bakal menamatkan pengajian pertengahan 2011. Event yang sungguh ceria+meriah+colourful+DIVA!!!!



 Design Project "Production of 100,000 metric tonne of Ammonium Nitrate" berjaya! Hasil kerja kumpulan yang memberangsangkan. Tempoh nak siapkan project ni 1tahun...seronok bila da siap =)


Reunion dengan kawan2 matrikulasi kat Melaka...mereka memang sporting. Reunion yang dimeriahkan dengan gelak tawa masing2...happening!

  
Majlis pertunangan Marina (rakan matrikulasi prof), hmm...tahun 2012 ni die kawen plak. Mesti datang nih!!!!!!


Lepas habis degree...prof dapat tawaran kerja jaga booth kat Himpunan Sejuta Belia 2011, lokasi di Putrajaya...ngan best friend prof, Rosyida. Terserempak ngan ShilaAmzah kat sane. cantik!
 


 Sempat jugak mengisi masa lapang, pergi berjalan2 melawat sahabat2 di pantai timur. Percutian 3 penjuru...dari Nilai ke Kuantan, Pulau Perhentian, Kota Bharu, Kuala Terengganu. Macam2 yang prof dapat...kawan baru, pengalaman baru, suasana kampung, pantai, dan banyak lagi



 Jejak kasih selepas 4 tahun tinggalkan matrikulasi...mereka ni rakan2 sebilik prof yang paling best di alam semesta. Mereka tergolong antara memori2 terbaik masa zaman matrikulasi selain daripada rakan2 kelas f4p4



Ada rezeki lebih, alhamdulillah...sampai jugak prof ke SINGAPURA. Bertemu dengan ramai kawan2 baru...dan juga special guess, Ina! Dapat jumpe sekejap...tapi kenangan manis tau =)



Tidak lupa juga!!! Tahun 2011 juga tahun reunion prof dengan kawan2 lame yang betul2 lama menjadi baru dan kembali segar diingatan...sahabat2 masa zaman sekolah rendah, masih berjodoh lagi. Alhamdulillah...moga persahabat kita akan kekal hingga akhir hayat. Insyaallah =)



Berbuka puasa ngan kawan2 sekolah, matrikulasi, dan kawan2 dari pantai timur...



Program raya bersama2 rakan2 sekolah...memang jadi tradisi kami sejak 2tahun lalu bermula 2009 sampai 2011, insyaallah ada rezeki tahun 2012 kami bertemu lagi



Konvokesyen ke-75 UiTM...tamatlah pengajian kami!!! woohooo...



With Love, xoxo

Saturday, January 7, 2012

Happy New Year 2012!



To all my supporters (ceh! macam artis...hahaha) bagi can kejap ye nak perasan artis kejap =p

Selamat Tahun Baru 2012...amacam korang nye celebration? gempaq ke? ade letup2?

Prof xde sambut pun...cukup la awal muharram haritu da bace doa penutup n pembuka tahun baru. dah memadai, sebab prof xmampu nak kuar memalam n celebrate new year ngan kawan2. 

Ade yang dapat hadiah tahun baru? best x? hee...prof dapat bersama ngan family tersayang, sangat seronok...

Tahun makin bertambah...usia makin bertambah...cabaran dan liku2 kehidupan pun bertambah tau. Sentiasa bersabar mengharungi kehidupan seharian yang penuh cabaran dan dugaan, Allah sentiasa ada untuk kita semua...persiapkan ilmu didada dan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu tahap persediaan kita untuk hadapi kesukaran masa hadapan...

Jangan takot plak baca pesanan ni...bukan ape, selalu sangat wish ngan benda2 biasa. Kali ni, kita sama2 ingatkan kawan2 sume...OK!

Tiba2 prof rasa nak update entry pasal memori2 masa 2011...ouhh, prof terlalu sayangkan 2011. Tapi, ape kan daya...masa xkan tunggu kita! 

Next entry la prof update yang the best in 2011..tunggu!

With Love, xoxo

Happy Birthday Ila dan Biha =)

Assalamualaikum sahabat blogger



Minggu lepas (29/12/2011), prof sempat balik rumah kejap sempena study week seminggu...dan kebetulan hari yang sama tu hari lahir adik bongsu prof yang ke 8tahun. Nabihah (si kecik berbaju jingga)

Sharing birthday month with her sister, Ila (girl in the pink shirt)...Ila 26/12, Biha 29/12...alang2 tu sambut sesame. 


Strawberries comel2 ni tuk mereka berdua...hadiah dari mak untuk anak2 perempuan beliau yang kecil tu. Prof tolong belikan je...

Semangat sungguh diorg sembahyang lepas dapat telekung ni...tenang hati mak prof tengok anak2 sembahyang. Alhamdulillah...biar sampai akhir usia diorg ada semangat tu...bukan ape, dunia ni sementara. akhirat tu yang menentukan kehidupan sebenar kita nanti...

Sama2 lah kita ingat-mengingatkan yang baik =)


With Love, xoxo