Salam Aidiladha

Salam sahabat blogger sekalian...Selamat Hari Raya Aidiladha dari prof dan keluarga buat semua pembaca dan pengikut! =)

Ahad lalu (6/10/2011), seluruh umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Ada yang berkesempatan ke Majlis Korban di tempat masing2 kan? Ada juga yang sempat menziarahi sanak saudara terdekat kan? dan ada juga yang sempat beraya bersama rakan2 terdekat tau...macam prof! =p

Prof xberkesempatan nak tengok penyembelihan lembu mahupun kerbau kat Masjid Nilai berdekatan ngan rumah prof. Seorang dari sahabat lelaki prof (Naiem) nak bertandang ke rumah beraya...memandangkan Aidilfitri yang dulu xsempat nak beraya bersama, so die topup Raya Haji ni.

Menu kali ni simple je, ade Rendang Ayam ngan Ketupat je...tapi ada Lemang dari kawan mak singgah ke rumah hantarkan Lemang tu malam sebelum raya. Alhamdulillah, rezeki nak makan lemang (fevret prof)...

Hari yang sama, Naiem nak ke rumah prof pun ajak kawan2 prof datang ke rumah jgak tapi masing2 kerja...so xdapat datang, tapi prof dijemput ke tempat kerja diorg plak. hahahaha...kirenye beraya la tu. 

Prof bawa bekal Ketupat ngan Rendang Ayam tu ke Taman Botani, Putrajaya...sebelum melangkah ke Putrajaya, Naiem dan prof singgah sebentar ke Seksyen 16, Bangi melawat sahabat prof, Nadrah...niat dihati nak datang beraya. Tapi, suasana bertukar sedikit kelam sebab Nadrah xsihat...
Terkejut prof bile sampai je depan pintu rumah Nadrah, tibe2 ade lelaki keluar dari rumah Nadrah n bagitahu yang Nadrah xsihat...prof pun cepat2 bagi salam n masuk rumah Nadrah. Mak Nadrah sambut kehadiran kami dengan baik, tapi agak terkejut sebab kami datang raya haji ni. 
Menurut makcik, "Atun, maaf la macik xde buat ape pun tuk raya ni sebab memang selalu macik balik kampung masak kat sana je...eh, Atun duduk dulu ye macik nak buatkan air sekejap"

Sayunye rasa hati tengok Nadrah sakit...prof dapat rasa sakit yang dia alami tu, kata Nadrah die hilang selera makan, muntah-muntah, demam, xboleyh bangun...On that day, memang prof nampak badan Nadrah menyusut. Tatau die sakit apa, prof assume sebab musim hujan panas yang berlarutan...tapi tatau la sebab Nadrah xg amik darah lagi, keesokan harinya kot baru doktor amik darah. Apa-apa pun prof doakan semoga Nadrah cepat sembuh n boleyh teruskan rutin harian macam biasa, Insyaallah =)

Sejurus lepas melawat Nadrah kat rumah die, lepas settle solat zohor...prof terus gerak ke Putrajaya. Kat sana, kebetulan ada Scha+Najme+Amir+Kawan Amir (tatau name)...kitorang lepak same2 kat Taman Botani sambil menikmati juadah Hari Raya Korban. Ada Pulut Kuning, Rendang Ayam, Kari Ayam, Nasi Impit, Ketupat, Lontong, Rendang Daging pun ada...

Kenangan sepetang bersama kawan2 yang sporting n best...memang xkan dilupakan. Petang tu yang ada dalam team prof ialah Amir, Kawan Amir, Najme, Scha, Naiem, Awang (driver)...sampai kul 6.30petang kami lepak same2 kat situ






Ada satu benda yang prof nak share, hahahahaha...petang tu kami lupe bawak cawan, ada air xde cawan n tatau macamne nak minum. Nasib la Amir ade bawakkan polystyrene lebih, tadah la air Root Bir dari Scha (Scha bawak dari office die tau) hehehehehe...



Love, Farah