Hari Konvokesyen Prof

Assalamualaikum sahabat blogger terhebat dan para pembaca sekalian =)

31 Oktober 2011 yang lalu...antara hari yang paling bersejarah dalam hidup prof, penat lelah selama 4tahun bertungkus lumus mengejar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia akhirnya kami telah diiktirafkan sebagai ALUMNI Fakulti Kejuruteraan Kimia. Isnin yang lalu (31 Oktober) merupakan Hari Konvokesyen UiTM yang ke-75, sidang prof yang terakhir dalam tempoh konvokesyen berlangsung dari 20-31 Oktober.

Hari yang sungguh istimewa, semua rakan2 graduan tersenyum bangga ngan kejayaan masing2...yang dapat anugerah khas lagi lah bangga tidak terkata kan? Antara rakan prof yang dapat anugerah khas...Fatihatul Nabila Sadon, terbaik program dan fakulti engineering. =)


xnak membebel panjang2...nah amik ni:

"ENGINEERING" has been chosen as the TOUGHEST course among all the courses including BCOM, Bca, IAS, IPS, and MBBS; by the Guinnes Book of World Records, on 18 Aug 2010. It has 58 University exams, 130 series exams, 174 assignments within 4 years (max 750 working days). Be proud to be an engineer! Especially Chemical Engineer

***Gambar2 di hari graduasi***


With Dr.M, my supervisor for Master Mixmode program

From Kak Nini (berbaju kurung hitam)

From my classmate, Farah Liyana Amril and family

From my roomate, Nadiah Abdul Razak and family

From my little brother, Mohamad Faizal (family representative)

 CupCakes, T-shirt, and handkerchiefs from Hasmanadya

Terharu dan gembira rasa hati prof bila ada antara sahabat2 prof hadiahkan bunga kat prof sempena konvo kali ni. Mak prof xdapat datang hari konvo haritu, sepanjang hari konvo isnin lalu...mase kat dalam dewan, ramai ibu bapa yang hadir bersama anak2 mereka, seronok rasa hati kalau mak n arwah abah ley datang tengok prof naik pentas amik scroll dari Dato Sahol (Naib Canselor UiTM). NC kitorang pun dah macam ayahanda kami...terubat la sket rindu kat arwah abah =)

Terima kasih Far + Nad + Kak Nini + Abang...bangun pagi, nampak bunga2an n bear dalam bilik ni ceria rasa hati =)

Antara tetamu VVIP yang hadir mase konvo prof, Dr.M (Dr. Robert Mikhail) + MakLong + PakLong + KakNini + Faizal (Adik)...seronok sangat, seriously prof xsangka mereka sudi datang n memeriahkan lagi hari konvo prof. Tercapai hajat prof nak ada teddy bear dari seseorang...terima kasih Abang =)

Adik prof yang berbaju T-shirt kuning tu...semoga semangat konvo kali ni diserap oleh adik2 prof tuk semangat diorg nak tempa kejayaan dalam hidup+pelajaran+akhirat, insyaallah...

Ok lah, sebenarnye ada banyak lagi gambar2 best yang prof nak share...tapi tunggu seketika OK! sebab kawan2 ada yang xupload lagi kat facebook.   

Love, Farah