Berbuka puasa bersama kawan (2)

Assalamualaikum sahabat blogger semua,

Minggu lepas (20/8/2011-sabtu) prof berkesempatan jumpa ngan kawan2 zaman matrikulasi dulu...Maizatul, Adibah, Dila.

Maizatul skang dah jadi lecturer sementara kat sebuah kolej kat kota raya, sementara nak tunggu sambung master tahun depan...insyaallah

Adibah skang dah kerja...bakal doktor, huhu. Maizatul+Adibah+Prof masing2 tengah tunggu konvo... insyaallah akhir bulan 10 tahun ni.

Dila...antara lucky student yang dapat fly g oversea, study kat UK jurusan TESL. Kami plan nak kumpul duit nak g melawat Dila kat UK sebelum die grad n pulang ke Malaysia tahun depan...insyaallah, sume ni dalam perancangan. Ade rezeki, memang sampai...yang penting skang masing2 dah janji nak kumpul duit nak ke UK =)

Sebelum jumpe ngan diorg, prof ngan PA prof (Ila) ke Shah Alam uruskan rumah sewa tuk master bulan depan. Gerak dari Nilai ke Shah Alam dah lambat dalam kul 3...gerak dari Shah Alam ke tempat perjumpaan terpakse delay ke pukul 6, nasib baik sempat berbuke ngan diorg

Lokasi berbuka puasa kami kat DELICIOUS, Mid Valley...


Makanan kat situ memang sedap hingga menjilat jari, superb!!~

Lepas berbuka puasa, kitorang g jalan cari buah tangan tuk masing2 wat kenangan...

Prof...Maizatul...Adibah...Dila

With my PA...Ila (si kecik berbaju pink)

Teddy bear tu kire fez teddy bear prof beli...akan disimpan sampai bila2, insyaallah. Kitorang nak bawak time g UK nanti.

Insyaallah...



With Love,